Pengaruh Tanggapan Kebergunaan dan Tanggapan Kemudahgunaan Terhadap Penerimaan Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pengajaran Sains
List of Authors
Aminah Jekri, Crispina Gregory K Han, Nur Farha Shaafi
Keyword
Penerimaan, Kecerdasan Buatan, Pengajaran Sains, Model Penerimaan Teknologi (TAM), Dasar Pendidikan Digital
Abstract
Perkembangan pesat dunia teknologi mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif untuk memperkasakan sistem pendidikan menerusi pelancaran Dasar Pendidikan Digital. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perspektif guru sains berkaitan penerimaan terhadap penggunaan kecerdasan buatan dengan berpandukan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian kuantitatif secara tinjauan ini menggunakan soal selidik skala Likert 5-mata dan melibatkan seramai 62 orang guru sains di Penampang Sabah. Dapatan kajian mengesahkan bahawa tahap penerimaan guru adalah sederhana (Min = 3.04, SD = .703). Walau bagaimanapun, tanggapan kemudahgunaan kecerdasan buatan dalam pengajaran sains berada pada tahap yang rendah (Min = 2.47, SD = .723). Seterusnya, hasil analisis inferensi mendapati tanggapan kemudahgunaan mempunyai hubungan positif yang signifikan dan kuat serta dikenalpasti mempunyai pengaruh spesifik terhadap penerimaan penggunaan kecerdasan buataan dalam pengajaran sains. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini berupaya menambahkan input berguna kepada komuniti pendidikan dalam merancang pelbagai program bagi meningkatkan tahap penerimaan guru sekaligus memantapkan lagi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital.