Hipoteks sejarah dalam novel Panglima Awang
List of Authors
  • Mawar Shafei

Keyword
  • Novel Sejarah, Panglima Awang, Intertekstual, Sejarah, Melaka

Abstract
  • Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antara teks’ dalam penghasilan novel Harun Aminurrashid. Dasar hubungan ini dikesani dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipurlara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan ‘intertekstualiti’ iaitu fenomena kewujudan ‘teks dalam sesebuah teks’ atau ‘dialog antara teks’. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada dialogik Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure yang kemudian diperhalusi beberapa sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre dan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Harun Aminurrashid memperlihatkan kecenderungannya mengenai tema dan latar sejarah seperti Darah Kedayan, Jong Batu, Siapakah Bersalah?, Sebelum Ajal, Merebut Gadis Jelita, Wak Cantuk, Panglima Awang dan Anak Panglima Awang. Mengambil contoh novel Panglima Awang, makalah ini melihat hubungannya dengan sejarah sebagai hipoteks secara intertekstual. Beberapa catatan yang berkaitan dengan sejarah Portugis di Melaka dan pengembaraan Ferdinand de Magalhaes @ Magellan mengelilingi dunia dijadikan hipoteks kajian. Beberapa proses transformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahanbahan sejarah tersebut. Jelasnya intertekstual berperanan sebagai strategi kepengarangan dan kerja ‘memperbaiki’ sejarah bagi menyalurkan aspirasi dan semangat mempertahankan harga diri bangsa Melayu.

Reference
  • Abdullah Hussain. 1982. Harun Aminurrashid: pembangkit semangat kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    A. Ghani Hamid. 1994. Sebuah catatan ringkas Harun seorang penulis. Singapura: Jawatankuasa Bulan Bahasa.
    Ahmad Kotot. 1975. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Allen, Graham. 1999. Intertextuality. London: Routledge.
    A. Samad Ahmad. 1979. Sulalatus salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Buyong Adil. 1980. Sejarah Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Clayton, Jay dan Rothstein Eric (pnyt). 1991. Influence and intertextuality in literary history. University of Wisconsin Press.
    Cuddon, J.A. 1998. Literary terms and literary theory. London: Penguin Books.
    Fleishman, Avrom. 1971. The English historical novel: Walter Scott to Virginia Woolf. London: The John Hopkins Press.
    Genette, Gerard. 1992. The architext: an introduction. Jane E. Lewin (terj.). Berkeley: University of California.
    Genette, Gerard. 1997a. Palimpsests: literature in the second degree. Lincoln : University of Nebraska Press.
    Genette, Gerard. 1997b. Paratexts : Thresholds of interpretation. Cambridge : Cambridge University Press.
    Hadijah Rahmat. 2004. Daripada teks klasik kepada cerita rakyat Singapura - cabaran sastera Melayu tradisional di pangung jagat raya. Seminar Antarabangsa bertemakan “Menuju Kecemerlangan Kebudayaan Jepang dan Asean” anjuran Universitas Negeri Surabaya (Unesa), Sheraton Hotel, Malang, Surabaya.6-8 Disember.
    Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu: satu kajian daripada aspek pensejarahan budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Harun Aminurrashid. 1930. Melur Kuala Lumpur. Tanjung Malim: Ahmy & Co.
    Harun Aminurrashid. 1947. Cinta gadis rimba. Singapura: Dewan Pujangga.
    Harun Aminurrashid. 1947. Darah kadayan. Singapura: Pustaka Melayu.
    Harun Aminurrashid. 1947. Dewa lombong minyak. Singapura: Pustaka Melayu.
    Harun Aminurrashid. 1948. Dayangku Fatimah. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1948. Korban Kinabalu. Singapura: Geliga Ltd.
    Harun Aminurrashid. 1949. Jong batu. (anak nakhoda manis). Singapura: Geliga Ltd.
    Harun Aminurrashid. 1949. Memilih kata hati. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1949. Merebut gadis jelita. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1949. Minah joget moden. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1949. Sebelum ajal. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1949. Siapakah yang bersalah? Singapura: Singapore Royal Press.
    Harun Aminurrashid. 1949. Wak Cantuk. Singapura: Harmy.
    Harun Aminurrashid. 1958. Panglima Awang. Singapura: Pustaka Melayu.
    Harun Aminurrashid. 1961. Anak Panglima Awang. Singapura: Pustaka Melayu.
    Hashim al-Hadi Said. 1939. Godaan cinta. Muar: The Jamiliah Press.
    Holquist, Michael. 1990. Dialogism: Bakhtin and his world. London:Routledge.
    Johan Bihaki. 1936. Agama di atas cinta. Muar: The Jamiliah Press.
    Mahmud Ahmad. 1966. Kajian novel Panglima Awang. Singapura: Pustaka Melayu.
    Mohd Said. 1956. Pengeliling dunia yang pertama adalah seorang Indonesia. Waspada. 2 Julai.
    Mohd Taha Suhaimi. 1944. Anak Melayu pertama mengelilingi dunia. Fajar Asia. November.
    Muhammad Rashid Talu. 1976. Kawan benar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Mana Sikana. 1994. Tuah-Jebat dalam drama Melayu satu kajian intertekstualiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Mana Sikana. 2003. Sastera Singapura dan Malaysia di era pascamoden. Singapura: Persama Enterprise.
    Matlob. 1965. Panglima Awang. Berita Harian. 14 April.
    Mawar Shafei. 2005. Kajian bandingan: novel intertekstual Melayu. Tesis Kedoktoran.Singapura: Universiti Teknologi Nanyang.
    Muhammad Haji Salleh. 1997. (pnyt.). Sulalat al-salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
    Muhammad Yusuf Arshad. 1935. Bintang Timur Semenanjung. Seremban: The Sungai Ujung Press.
    Pigafetta, Antonio. 1969. Magellan’s voyage – a narrative account of the first circumnavigation. New Haven: Yale University Press.
    Pintado, MJ. 1993. PortugueseDocuments on Melaka. Kuala Lumpur: Arkib Negara.
    Raja Mansur. 1936. Satu kali cium tiga kali tempeleng atau bunga raya dari Sumatera. Kelang: The Trio.
    Safian Hussain. 1981. (et. al.). Sejarah kesusasteraan Melayu. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Safian Hussain. 1988. (et. al.). 1988. Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Shamsuddin Salleh. 1937. Bingkisan rahsia atau percintaan kerana siasat. Kelang: Klang New Press.
    Syed Sheikh al Hadi. 1985. Faridah Hanom. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
    Todorov, Tzvetan. 1984. Mikhail Bakhtin: the dialogical principle. Minneapolis:University of Minnesota Press.
    Zulkarnain Yaakub. 1927. Hikayat Khalik dan Malik. Singapura: Al-Matbaah al-Muhammadiah.
    Zulkarnain Yaakub. 1927. Hikayat Perjumpaan Asyik. Singapura: Al-Matbaah al Aminiyah.