Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) dalam sistem pendidikan merupakan salah satu bidang yang sangat penting kepada para pelajar dalam meyediakan peluang untuk mengalami peluang belajar dalam tetapan kerjaya sebenar. Kepentingan pengintegrasian STEM dalam kurikulum matematik diberi perhatian apabila terdapat permintaan untuk kerjaya bidang STEM dalam industri pekerjaan. Justeru, data empirikal yang berkaitan dengan kecenderungan pemilihan kursus STEM dalam tempoh 2019 hingga Mac 2023 dikumpul dan disintesis untuk melaksanakan kajian literatur yang bersistematik ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui kecenderungan pemilihan kursus STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pangkalan data Web of Science (WOS) dan SCOPUS digunakan untuk mendapatkan artikel yang berkaitan tentang kecenderungan pemilihan kursus STEM. Empat kriteria dalam kajian ini adalah tahun penerbitan, negara, pendekatan kajian serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus STEM. Terdapat 18 artikel dipilih berdasarkan empat kriteria yang dinyatakan dan dianalisis. Model PRISMA dijadikan sebagai panduan dalan pencarian bahan literatur. Hasil analisis menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah memiliki kecenderungan yang tinggi dan positif terhadap pemilihan kursus STEM semasa sambung belajar ke peringkat universiti.