Sejarah penglibatan orang Sikh dalam pasukan constabulari bersenjata Borneo Utara, 1882-1949 dan kesan terhadap identiti
List of Authors
  • Gill, Sarjit S.

Keyword
  • Orang Sikh, Pasukan Keselamatan, Pertahanan

Abstract
  • Majoriti orang Sikh yang awal berhijrah ke Tanah Melayu dan Borneo Utara (kini Sabah) berkhidmat dalam bidang keselamatan sama ada sebagai polis, tentera mahupun pengawal. Artikel ini bermula dengan sejarah penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan sejak tahun 1882 apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara (CBBU). Peranan, penglibatan dan sumbangan orang Sikh begitu signifikan bagi meluaskan kuasa dan menjaga kepentingan kolonial British sama ada di Tanah Melayu mahupun Borneo Utara. Sehingga kini ada yang tidak mengetahui mengapa pihak kolonial British memilih orang Sikh untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan berbanding dengan kaum lain. Kesungguhan dan kepercayaan British kepada golongan martial race ini sekaligus telah memperlihatkan penglibatan besar orang Sikh dalam pasukan keselamatan di seluruh jajahan empayar British seperti di India, Kanada, Fiji, Burma, Hong Kong, New Zealand dan Australia. Bahagian kedua artikel ini membincangkan kesan dan sumbangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di Borneo Utara. Antara kesan terhadap identiti Sikh yang cukup signifikan ialah pembinaan institusi gurdwara bertujuan memenuhi keperluan agama dan sosial.

Reference
  • Adams, W.C. 1957. Our Indian Police (1881-1941). North Borneo Police Magazine 1(2): 25-26, July.
    Amarjit Kaur. 1973. North Indians in Malaya: a study of their economic, social and political activities with special reference to Selangor 1870s-1940s’. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Malaya.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1898, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1904, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1910, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1915, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1918, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1921, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1922, British North Borneo.
    Annual Report on the Constabulary Department for 1923, British North Borneo.
    Annual Report on the Prisons Department for 1915, British North Borneo.
    Annual Report on the Prisons Department for 1918, British North Borneo.
    Annual Report on the Prisons Department for 1921, British North Borneo.
    Arunajeet Kaur. 2003. The role of Sikhs in the policing of British Malaya and the Straits Settlements (1874-1957). Tesis Sarjana Sastera. National University of Singapore.
    Azharudin Mohamed Dali. 2003. Sejarah masyarakat India di Sabah sebelum dan selepas merdeka: satu penelitian umum. Malaysia Dari Segi Sejarah 31: 227-244.
    British North Borneo Administration Report 1914.
    British North Borneo Administration Report 1915.
    British North Borneo Herald, 1 Oktober 1924.
    British North Borneo Herald, 13 Jun 1910.
    British North Borneo Herald, 16 April 1907.
    British North Borneo Herald, 16 Januari 1899.
    British North Borneo Herald, 16 Mac 1921.
    British North Borneo Herald, 16 Mei 1900.
    British North Borneo Herald, 16 November 1933
    British North Borneo Herald, 2 Januari 1917.
    British North Borneo Herald, 2 Januari 1926.
    Charanjit Kaur Gill. 2003. Perubahan peranan Granthi di gurdwara: satu kajian etnografi di Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Hewett, G. 1957. The Mat Salleh Expedition. North Borneo Police Magazine 1(2): 3-6.
    Ian Black. 1983. A gambling style of government: the establishment of the Chatrered Company’s rule in Sabah, 1878-1915. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    Information Malaysia Book Year 2002. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
    Kler, G.S. 1989. Brief historical notes: Sikh settlers and gurdwaras of Sabah in Malaysia. t.pt.
    Malcolm Santa Maria. Borneo Mail. The birth of Sikhism in Sabah. 7 April 1991.
    Mohd. Radzuan Haji Ibrahim. 1995. Polis dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Nadzan Haron. 1991. High noon of the Sikhs in the armed establishments of British Malaya. Malaysia Dari Segi Sejarah 19: 65-78.
    North Borneo Annual Report for 1949.
    North Borneo Secretariat Files (Pink Files). No. 1011, “Jesselton Police Report”.
    North Borneo Secretariat Files (Pink Files). No. 87, “Constabulary Ordinance 1903”.
    North Borneo Secretariat Files (Pink Files). No. 988, “Sikh Temple Jesselton”.
    Rambler. Kinabalu Sabah Times. Oldest Sikh family in state celebrates a century in Sabah. 3 Januari 1969.
    Rambler. Kinabalu Sabah Times. Sikh community loses a leader and Sabah, a historic link. 20 April 1979.
    Rambler. Sabah Times. The story of Sikhs in Sabah. 13 April 1966.
    Ranjit Singh, D.S. 1993. Indians in East Malaysia. Dlm K.S. Sandhu dan A.Mani (pnyt.). Indians Communities in Southeast Asia, hlm. 568-584. Singapore: Time Academic Press.
    Ranjit Singh, D.S. 2003. The making of Sabah 1865-1941. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
    Rose, T.W. 1912. Census 1911. Official Gazette, 2 Januari.
    Sabah Indian Association, 50th Anniversary, 7 Mei 1997, Kota Kinabalu, Sabah.
    Sandhu, K.S. 1970. Sikh immigration into Malaya during the period of British rule. Dlm. Chen, J. & Tarling, N. (pnyt.). Studies in the social history of China and South-East Asia, hlm. 335-354. Cambridge: Cambridge University Press.
    Sarjit S. Gill. 2001. Perkahwinan campur peranakan Punjabi di Sabah. Sari 19: 189-203.
    Sarjit S. Gill. 2002. Bibliografi komuniti Sikh di Malaysia (1937-2002). Sari 20: 169-179.
    Sarjit S. Gill. 2003. Penglibatan orang Sikh dalam tiga pasukan keselamatan kolonial British di Malaya sehingga 1919. Layari e-jurnal www.fssk.ukm.my/esumber/. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Sarjit Singh. 1999. Diaspora dan masalah identiti Sikh di Malaysia. Akademika 55: 183-192.
    Sarjit Singh. 2001. Kedatangan orang Sikh dan penubuhan gurdwara di Tanah Melayu. Malaysia Dari Segi Sejarah 29: 31-42.
    Sarjit Singh. 2005. Peranan Gurdwara dalam pembentukan identiti Sikh di Malaysia: Satu kajian perbandingan. Tesis Ph.D, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Serjit Sahib Singh. 1992. Krisis identiti di kalangan komuniti peranakan Punjabi yang beragama Sikh: satu kajian kes di Pantai Barat Sabah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.#
    Surjit S. Gill. 2003. Sikhs in Sabah and Labuan: a historical perspective. Labuan: Labuan Sikh Society.
    Tabrett, K.P. 1998. Early constabulary expeditions in British North Borneo, 1883 to 1888. Sabah Society Journal 15: 41-58.
    Tregonning, K.G. 1958. Under Chartered Company Rule. Singapore: University of Malaya Press.
    Tregonning, K.G. 1964. The Mat Salleh Revolt (1894-1905). Sabah Society Journal 2(3): 119-134.