Kesahan dan Kebolehpercayaan Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah Tilawah Al Quran Berasaskan Talaqqi Musyafahah
List of Authors
  • Mohd Isa Hamzah, Muhamad Faizzuddin Zainol Aman

Keyword
  • Kesahan, Kebolehpercayaan, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pengetahuan

Abstract
  • Pengetahuan yang baik dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) akan menyumbang kepada penilaian yang lebih telus dan adil ketika memberikan Tahap Pencapaian (TP) bagi setiap murid dalam tilawah al-Quran. Ujian kesahan dan kebolehprcayaan dapat membantu pengkaji menguji ketekalan dan konsistensi item pengetahuan GPI terhadap kaedah PBD yang dilaksanakan dalam tilawah al-Quran. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan pengetahuan GPI terhadap kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berasaskan Talaqqi Musyafahah. Seramai 2 orang pakar telah dilantik bagi menilai kesahan kandungan instrumen. Pengkaji juga telah menjalankan kajian rintis ke atas 31 guru pelatih di Universiti Selangor (UNISEL) dan diukur menggunakan nilai pekali Cronbach’s Alpha. Hasil kajian menunjukkan instrumen boleh digunakan kerana memiliki kesahan yang diterima. Analisis terhadap 18 item mencatatkan bacaan Indeks Kesahan Kandungan (I-CVI) 0.94. Terdapat 4 item yang telah ditambahbaik daripada segi struktur ayat dan kejelasan atas cadangan pakar Ujian Cronbach’s Alpha ke atas item-item mencatatkan bacaan yang tinggi iaitu 0.894 dan memiliki kebolehpercayaan yang diterima. Kajian ini juga akan memberikan kesan yang positif ke atas barisan pentadbir di sekolah, PPD, JPN Selangor dan KPM bagi mengenalpasti tahap sebenar pengetahuan GPI ketika melaksanakan PBD.

Reference
  • No Data Recorded