Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia
List of Authors
  • Katiman Rostam

Keyword
  • Wilayah Metropolitan Lanjutan, kawasan pinggiran, ekonomi pembandaran dan rebakan bandar

Abstract
  • Proses globalisasi ekonomi dan pembandaran yang pesat sedang berlaku di sekitar wilayah metropolitan di Asia Tenggara. Di Malaysia, Lembah Klang-Langat ialah sebuah wilayah metropolitan lanjutan (WML) yang pesat berkembang. Proses rebakan bandar ke pinggiran kini cenderung untuk menuju ke arah koridor selatan. Makalah ini bertujuan untuk membincang perkembangan ekonomi pembuatan dan perkhidmatan serta impaknya terhadap pembandaran petempatan di pinggiran WML Lembah KlangLangat. Analisis data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta laporan ekonomi yang berkaitan daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa walaupun proses pembangunan ekonomi bandar dan pembandaran masih berlaku di pusat, tetapi wujud kecenderungan untuk menyebar ke kawasan pinggir Lembah Klang-Langat. Pengukuhan fungsi bandar raya metropolitan Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan pengeluar moden seperti pusat penyelidikan, pengkomputeran, perbankan, penghantaran pantas, insurans yang dipermudahkan dengan teknologi terkini telah mewujudkan kesan ekonomi pembandaran yang penting kepada proses pengeluaran di wilayah tersebut. Kini semakin banyak ibu pejabat pengurusan korporat ditubuhkan di zon teras dan dalaman WML Lembah Klang-Langat. Manakala aktiviti pembuatan dan perkhidmatan awam cenderung untuk berpindah ke pinggiran. Perkembangan ini telah dikuti oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran yang pesat di zon luaran wilayah tersebut. Perpindahan ini mencetuskan pertumbuhan kawasan perumahan dan perkembangan bandar kecil yang terancang di pinggiran. Bagaimanapun ciri petempatan ini amat berbeza dengan fenomena yang dikenali ramai penulis sebagai desakota yang pernah wujud di beberapa bandar lain di Asia Tenggara. Walaupun belum mencapai status bandar raya mega, namun peluasan sempadan tepu bina WML ini telah membentuk sebuah konurbasi yang unggul di rantau ini.

Reference
  • Dicken, P. 1992. Global shift: the internationalization of economic activity. Second Edition. London: Paul Chapman Pub.
    Fatimah Yusof, Katiman Rostam & Fadhil Haji Abdullah. 2006. Industrial Clustering and Medium Size Cities Competitiveness: An Empirical Evidence from Kuantan, Malaysia. Paper presented in PRESCO International Conference, Malaysia on a Global Platform. Kuala Lumpur 18-20 July 2006.
    Fernandez, Johan. 2004. Malaysia Business Friendly. The Star, 29 September.
    Gu, C. & Shen, J. 2003. Transformation of urban socio-spatial structure in socialist market economies: the case of Beijing. Habitat International, 27: 107-122.
    Habitat 2002. Cities in a globalizing world: global report on human settlements 2001. United Nations Centre for Human Settlements (Habitat). London: Earthscan Publications Ltd.
    Hassan Naziri Khalid, Morshidi Sirat & Md. Harashid Haron 2006. Global competitiveness, high technology electronic industries and the role of air cargo services: a Malaysian case study. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
    Henderson, J. 1986. The new international division of labour and urban development in the contemporary world system. In D. Drakakis-Smith. (eds.). Urbanisation in Developing World. London: Croom Helm.
    Hizral Tazzif Hisham. 2006. Tanjung Ru mahu labur RM2.5b di Pulau Carey. Berita Harian. 10 October.
    Jones, G.W. 2002. Southeast Asian urbanization and the growth mega-urban regions. Journal of Population Research. 1-6 November.
    Katiman Rostam. 2004. Migrasi ke kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang. Paper presented at the International Conference on Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 14-16 December.
    Katiman Rostam & Ashyniza Kamal. 2004. Pembandaran desa dan perubahan rumah-rumah orang Melayu di pinggiran Lembah Klang: keadaan di Mukim Dengkil, Selangor. Paper presented at the National Seminar on Geography and Environment 2004. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. 3-4 July.
    Knox, P.L. & Taylor, P.J. (eds.). 1995. World cities in a world system. Cambridge: Cambridge University Press.
    Kombe, W.J. 2005. Land use dynamics in peri-urban areas and their implications on the urban growth and form: the case of Dar es Salaam, Tanzania. Habitat International 29: 113-135.
    Lee Boon Thong. 1996. Emerging urban trends and the globalizing economy in Malaysia. In Fu-Chen Lo & Yue-Man Yeung. (eds.). Emerging world cities in Pacific Asia. Tokyo: United Nation University Press.
    Macleod, S. & McGee, T.G. 1996. The Singapore-Johore-Riau Growth Triangle: an emerging extended metropolitan region. In Fu-chen Lo & Yue-man Yeung. (eds.). Emerging World Cities in Pacific Asia. Tokyo: United Nations University Press.
    McGee, T.G. 1991. The emergence of desa kota regions in Asia: expanding a hypothesis. In N. Ginsburg, B. Koppel & T.G. McGee. (eds.). The Extended Metropolis: Settlement Transition in Asia. Honolulu: University of Hawaii Press.
    McGee, T. G. 1995. Metrofitting the emerging mega-urban regions of ASEAN: an overview. In T.G. McGee & Ira Robinson. (eds.). The mega-urban regions in Southeast Asia, policy challenges and responses. Vancouver: University of British Columbia Press.
    Malaysia. 2001. Eighth Malaysia Plan 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
    Marshall, R. 2003. Asia Megacities. In El-Khoury (et al.). (eds.). Shaping the city. New York: Routledge.
    MIDA 2004. Malaysia – world’s 5th. Most competitive country. Communication and Media Division MIDA. 5 July.
    MIDA. 2006. Annual Report Malaysian Industrial Development Authority (MIDA). Kuala Lumpur: Ministry of International Trade and Industry.
    Mittelman, J. (ed.). 1996. Globalization: critical reflections. Boulder & London: Lynne Reiner Publishers.
    Morshidi Sirat & Suriati Ghazali. 1999. Globalization of economic activity and the third world cities: a case study of Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
    MTEN. 1998. Pelan pemulihan ekonomi negara: agenda tindakan. (synopsis). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    Olds, K. 2001. Globalization and urban change: capital, culture and Pacific-Rim megaprojects. New York: Oxford University Press.
    Perry, M. 1995. New corporate structures, regional office and Singapore new economic directions. Singapore Journal of Tropical Geography. 16 (2): 181-97.
    Poon, J.P.H. 2003. Trade networks in Southeast Asia and emerging patterns. In Chia Lin Sien. (ed.). Southeast Asia transformed: a geography of change. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
    Sassen, S. 2000. Cities in a world economy. Thousand Oaks: Sage.
    Slater, D. 1986. Capitalism and urbanisation at the periphery: problems of interpretation and analysis with special reference Latin America. In D. Drakakis-Smith. (ed.). Urbanisation in the developing world. London: Croom Helm.
    United Nations. 2004. World Investment Report: The Shift Toward Services. New York: United Nations Conference on Trade and Development.