Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor Yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Digital Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah
List of Authors
  • Sii Tuong Sieng, Siti Mistima Maat

Keyword
  • integrasi teknologi, guru matematik sekolah rendah, sorotan literatur bersistematik

Abstract
  • Integrasi teknologi dalam pengajaran menjadi trend utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Matematik sebagai mata pelajaran teras mendapat perhatian, terutama dalam penggabungan efektif antara pengajaran dan teknologi. Sorotan literatur bersistematik ini telah menganalisis 24 artikel berkaitan faktor mempengaruhi pengintegrasian teknologi digital dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Artikel-artikel ini diperoleh daripada pangkalan Scopus dan Web of Science (WoS) dari tahun 2021 hingga 2025. Model Preferred Reporting Items For Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) telah digunakan untuk memastikan kajian ini dijalankan secara sistematik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan penerbitan artikel dari tahun 2021 hingga 2023. Selain itu, kajian adalah lebih berfokus kepada negara China berbanding negara-negara lain. Hal ini mencerminkan negara China menerbitkan kajian ilmiah dalam bidang teknologi secara aktif. Kebanyakan kajian telah menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan. Faktor utama yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi digital dalam kalangan guru matematik sekolah rendah adalah pengalaman mengajar, kemahiran teknologi dan infrastruktur. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada pihak sekolah untuk memastikan guru matematik boleh mendapat latihan yang boleh meningkatkan kemahiran teknologi secara berterusan dan infrastruktur yang mencukupi. Justeru, dicadangkan kajian lanjutan untuk memberi tumpuan kepada faktor yang boleh mempengaruhi pengintegrasian teknologi digital antara negara China dengan negara Eropah dari segi infrastruktur teknologi, pengalaman mengajar guru matematik dan program pembangunan profesional untuk guru matematik.

Reference
  • No Data Recorded