Kajian amalan penggunaan medium atas talian oleh pelajar bagi proses pembelajaran di rumah
List of Authors
  • Norfiza Apfandi , Nurul Hafizah Maarof

Keyword
  • Perintah Kawalan Pergerakan, pembelajaran atas talian, pendidikan menengah

Abstract
  • Penyebaran wabak Covid-19 telah memberi impak besar kepada proses pembelajaran para pelajar di Malaysia bermula bulan Mac 2020. Institusi persekolahan terpaksa ditutup dan para guru dan pelajar terpaksa beralih kepada alternatif lain iaitu menggunakan medium atas talian seperti emel, video interaktif, blog dan sebagainya bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah bagi mengkaji amalan penggunaan medium atas talian oleh para pelajar. Reka bentuk kajian tinjauan dilakukan yang melibatkan 165 responden yang terdiri daripada pelajar Kolej GENIUS@Pintar. Borang soal selidik digunakan sebagai instumen kajian bagi mengkaji dan mengukur tahap penggunaan medium atas talian oleh responden. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian ‘Statistikal Package For Social Science’ (SPSS) Versi 23 untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medium atas talian oleh para pelajar bagi tahap pengetahuan pelajar adalah 87%, 85% untuk tahap kemahiran pelajar dan 90% pula untuk tahap sikap pelajar. Ini menunjukkan penggunaan medium atas talian bagi kaedah pembelajaran di rumah adalah efektif dan praktikal bagi pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Reference
  • 1. Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Creative and Innovative Teaching Practices during COVID-19 Movement Control Order (MCO),Volume 1, September 2020, 14-23.

    2. Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue),Vol. 9, 2020, 18-28.

    3. Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran Atas Talian: Tinjauan Terhadap Kesediaan Dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Diploma Logistik Dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 2, No. 4, 68-82.

    4. Irma Mahad, Ugartini Magesvaran, & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol.11, Bil. 1, 16-28.

    5. Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,Volume 6, Issue 4.1-20.

    6. Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini, Nur Hafizaliyana Hassan. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang Kesidang Journal, Volume 5. 88-99.

    7. Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan, Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. SIG: e-Learning@CS, 23-30.

    8. Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa. (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Norma Baru Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). International Journal of Modern Education, Volume 3, Issue 8, 114-124.

    9. Rafiza Abdul Razak. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai . Bil. 1, Isu 3, 34-46.

    10. Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Aidah Abdul Karim. (2015).Pemilihan Aplikasi Teknologi sebagai Medium Perkongsian Maklumat oleh Pelajar Siswazah Universiti. ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015, 7-8 Oktober 2015, 2011-2027.

    11. Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan. (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Volume 2 March 2021, Issue 10, 1-13.

    12. Farmer, B., Yue, A. & Brooks, C. (2008) Using blogging for higher order learning in large cohort university teaching: A case study. Australasian Journal of Educational Technology, 24(2), 123-136.

    13. O'Donnell, M. (2006). Blogging as pedagogic practice: Artefact and Ecology. Asia Pacific Media Educator, (17), 5-19.

    14. Nor Hidayati Mokhtar. (2020). Pembelajaran dalam Talian untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran- sepanjang-hayat/

    15. Hussin, N., Norul ’Azmi, N. A. & Mat Daud, M. (2017). Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon Pintar Dalam Pembelajaran Nahu. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4(1), 43–63.

    16. Ahmad Taufiq Ma’mun. (2015). Efektivitas Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Media Social whatsApp di Program BISA (Belajar Islam & Bahasa Arab). Tesis Sarjana, Jurusan Pendidikan BahasaArab, Fakultas Ilmu Tarbiyah & Keguruan Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.

    17. Aghajani, Mojtaba & Adloo, Mahsa, (20180, The Effect of Online Cooperative Learning on Student’s Writing Skills and Attitutes Though Telegram Application, International Journal of Instruction, Vol.11(3), 433-448.

    18. Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin, Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri & Norazah Umar. (2014). An Evaluation of Learning Style: WhatsApp Application Based on One Sample T-Test. The proceedings of 5 th International Conference on Science & Technology: Applications in Industry & Education, 66-69.

    19. Renda Lestari. (2017). Penggunaan Youtube Sebagai Media Pembelajaran Bahasa Inggeris, Seminar Nasional Kedua Pendidikan Berkemajuan dan Menggembirakan (The Second Progresiive and Fun Education Seminar) ISBN: 978-602-361-102-7.607-612.

    20. Nor Fazlinda Othman (2010), Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Sarjana. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_10251_2449965c0a844 39db8227b3313391add.pdf.

    21. Jaggars, S. (2014). Choosing Between Online and Face to-Face Courses: Community College Student Voices. American Journal of Distance Education, Vol 28 (1), 27-38.

    22. Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli Adam. (2015). Kredibiliti Youtube Sebagai Medium Pembelajaran Agama dalam Peradaban Islam Kontemporari. Proceedings of International Conference on Empoweing Islamaic Civilization in the 21th Century, eISBN: 978-967-13705-0-6, 593-599.

    23. Ehwan Ngadi, Covid-19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian, https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/

    24. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. (2020). Kementerian Pendidikan Malaysia, https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-rumah/3727-manual-pdpdr/file