Membina Personaliti Kanak-kanak dan Remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut
List of Authors

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian  ini bertitik-tolak daripada perkembangan semasa yang mengangkat cerita folklor Barat  sebagai bahan bacaan kanak-kanak remaja walau kandungannya nyata menyimpang daripada nilai Islam dan adab ketimuran. Pemaparan adegan berbau seksual dan berahi dalam cerita-cerita tersebut nyata memberi impak yang tidak baik kepada perbentukan personaliti kanak-kanak dan remaja. Apatah lagi kekaburan definisi sastera kanak-kanak dan remaja tambah merumitkan keadaan. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini, masyarakat perlu kembali kepada hasil tinggalan persuratan Melayu yang merupakan bukti keintelektualan bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Kajian ini akan menggunakan salah satu teks dalam genre ini iaitu Hikayat Musang Berjanggut dengan objektif kajian untuk mengenalpasti watak dalam teks ini   yang dapat membentuk personaliti kanak-kanak dan remaja serta menganalisis kemampuan watak tersebut dalam membentuk personaliti golongan yang disasarkan.  Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dengan Hikayat Musang Berjanggut berteraskan kepada kerangka keperibadian Islam menurut Hassan al-Banna dalam kitabnya Majmu‘ah al-RasaiÌ„l li al-ImaÌ„m al-SyaÌ„hid. Al-Banna menggariskan 9 ciri utama keperibadian Islam  iaitu kuat akidah dan ibadah, akhlak yang tinggi, kekuatan jasmani, intelek dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menjaga waktu, teratur dalam urusan, kemampuan berdikari  dan bermanfaat kepada orang lain. Dapatan kajian mendapati watak Kamalul Arifin dan Dang Seri Arif Laksana menepati kerangka keperibadian Islam oleh Hasan al-Banna. Ini membawa kepada justifikasi kajian bahawa tepatlah Hikayat Musang Berjanggut dijadikan bahan bacaan terhadap kanak-kanak remaja bagi menggantikan cerita-cerita folklor Barat yang nyata tersasar untuk membentuk personaliti  generasi muda ini. Rumusannya, karya yang selayaknya dijadikan bahan bacaan kanak-kanak dan remaja adalah yang diwariskan oleh intelektual bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Genre ini  yang tidak seharusnya dipinggir atau dilupakan kerana banyaknya panduan dan pengajaran yang ditinggalkan demi melahirkan generasi Islam berilmu, beradab dan berpersonaliti tinggi.


Reference
  • No Data Recorded