Implikasi struktur kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Sungai Chini dan Tasik Chini, Pahang
List of Authors
  • Sulong Mohamad

Keyword
  • Sungai Chini, Tasik Chini, struktur kunci air, aras air, ekopelancongan

Abstract
  • Struktur kunci air lazimnya dibina secara fizikal bagi mengawal aras air sungai atau tadahan air semasa. Pembinaan kunci air seharusnya mengambil kira kepentingan ekosistem terutamanya jika pembinaanya melibatkan perubahan aras air. Disebabkan aras air yang tidak ideal di Tasik Chini, kunci air dibina bagi meningkatkan aras air bertujuan memudahkan navigasi bot pelancong. Namun begitu, pembinaannya memberikan implikasi yang besar kepada aktiviti pelancongan. Makalah ini membincangkan implikasi kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Tasik Chini. Berdasarkan data primer dan sekunder, kajian ini mendapati Tasik Chini, secara semula jadi mempunyai tarikan sebagai destinasi ekopelancongan yang berdaya maju. Makalah ini merumuskan bahawa pembinaan kunci air pada tahun 1995 memberi implikasi negatif kepada dasar perlindungan alam sekitar dan prinsip ekopelancongan. Pembinaan kunci air Kuala Chini merupakan satu contoh bagaimana sesuatu pembangunan perlu difikirkan dengan teliti, dengan mengambilkira pandangan masyarakat tempatan dan kesannya ke atas mereka dan alam sekitar.

Reference
  • DARA. 1994. Taklimat pembangunan Tasik Chini kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Muazam Shah.DARA (tidak diterbitkan).
    Mohd Ekhwan Toriman & Sulong Mohamad, 2004: Effects of the Sungai Chini gateway on the wetland hydrology and tourism activity in the Tasik Chini Pahang: A preliminary Survey. Proceeding International Conference on Social Sciences and Humanities. Penerbit FSSK. UKM. 330-338.
    Murugadas, T.L., Sim Cheng Hua & Sundari Ramakrishna. 1999. Effects of Kuala Sg. Chini Gateway to the wetland ecology of Tasik Chini, Pahang: a case study. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar on Waters: Forestry and Land use Perspectives. Kuala Lumpur, FRIM. 31 Mac.
    Sulong Muhamad. 1997. Climate, tourism and people: a study of the relationship between climate, ecotourism and human activities at Tasik Chini, Pahang. Dlm. Sirinanda, K.U. (pnyt.). Climate Life in the Asia Pacific. Bandar Begawan: Universiti Brunei Darussalam. Hlm.386 – 400.
    United Nations Development Programme (UNDP). 1999. Chini Lake - the ecosystem and biodiversity. Kuala Lumpur: Malaysia Wetland International.
    MacCannell, D. 1973. Staged authenticity: arrangements of social space in tourism settings. American Journal of Sociology .79(3): 589-603.
    Cohen, E. 1972. Tourism: sociology of international tourism. Social Research .39: 164-182.