Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Universiti Tenaga Nasional: Satu Tinjauan
List of Authors
  • Badrulzaman Abdul Hamid

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kesediaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kajian ini melihat sejauhmanakah aspek kecekapan kendiri komputer (computer self-eficasy), motivasi dan halangan yang mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Seramai 364 pelajar telah menjadi responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 23 dan Smart PLS versi 3.0. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar UNITEN mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dengan min 3.77. Hasil kajian turut mendapati bahawa aspek kecekapan kendiri, motivasi dan halangan adalah faktor yang mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional. Keputusan kajian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan universiti tentang tahap kesediaan dan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar UNITEN. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada pihak Universiti tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam proses e-pembelajaran. Penulis berharap agar kajian ini dapat membantu pihak universiti untuk meningkatkan dan menambahbaik tahap penggunaan e-pembelajaran di UNITEN pada masa hadapan.


Reference
  • No Data Recorded