Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Terhadap Murid Sekolah Menengah Melalui Pendekatan Terbeza
List of Authors
  • Jeniffer Janang, Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kepelbagaian jenis murid dalam satu kelas sudah pasti mempunyai corak pembelajaran yang pelbagai dalam memahami KOMSAS. Malah, pelbagai pendekatan digunakan bagi menarik minat murid dalam mempelajari elemen ini termasuk Pendekatan Terbeza. Maka, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap serta minat murid sekolah menengah dan perbezaan min sikap dan minat yang signifikan berdasarkan faktor jantina murid dalam mempelajari elemen KOMSAS melalui Pembelajaran Terbeza. Pengkaji menggunakan soal selidik dengan empat skala likert untuk mengumpulkan data bagi kajian ini. Analisis deskriptif soal selidik mendapati sikap (min=3.08) dan minat (min=3.17) murid terhadap Pembelajaran KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Manakala Ujian-T mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina iaitu sikap murid perempuan (min=3.19) lebih tinggi daripada sikap murid lelaki (min=3.02). Namun didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara minat murid lelaki dan murid perempuan. Minat murid lelaki (min=3.15) dan murid perempuan (min=3.19). Oleh itu, diharapkan para guru mengenal pasti kepelbagaian corak pembelajaran murid berdasarkan faktor jantina dan mempelbagaikan pedagogi untuk mengubah sikap murid dan meningkatkan lagi minat murid dalam mempelajari KOMSAS melalui Pendekatan Terbeza. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu dalam memberikan maklumat tentang corak pembelajaran KOMSAS kepada guru dan pengkaji-pengkaji yang akan datang.

     


Reference
  • No Data Recorded