Hukuman Penjara bagi Kes Tunggakan Hutang Nafkah Anak di Mahkamah Syariah
List of Authors
  • Mohd Hazwan Ismail

Keyword
  • Hukuman penjara, tunggakan nafkah, Saman Penghutang Kehakiman, Notis Penghakiman, perundangan, mahkamah syariah

Abstract
  • Tunggakan nafkah anak berlaku setelah adanya perintah daripada mahkamah. Dalam peruntukan undang-undang, tempoh tunggakan adalah bermula sebulan dari tempoh minimum. Maka pemiutang yang terdiri daripada si ibu akan membuat aduan kepada hakim bagi menuntut semula tunggakan nafkah anak. Dalam hukuman penjara terhadap penghutang atau si bapa, peruntukan undang-undang dimulakan dengan Saman Penghutang Penghakiman terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan Notis Penghakiman sekiranya masih terdapat tunggakan nafkah setelah diperintahkan daripada Saman Penghutang Penghakiman. Persoalan kajian timbul apabila syarak telah menetapkan bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap kes tunggakan nafkah adalah selama tempoh tidak melebihi 30 hari dan perlu diasingkan bagi kesalahan tunggakan nafkah (sivil) dengan kesalahan jenayah. Hal ini adalah untuk memastikan sama ada peruntukan undang-undang di Malaysia menepati syarak ataupun tidak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pengumpulan data, iaitu daripada kajian kepustakaan dan lapangan. Kaedah temu bual turut digunakan bagi mendapatkan sokongan kajian. Data statistik juga diperoleh untuk menghuraikan pendaftaran kes yang berlaku di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap penghutang adalah menepati syarak apabila Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan tempoh tidak melebihi 30 hari. Pengasingan hukuman penjara antara kes kesalahan jenayah dengan kesalahan sivil tidak dipraktikkan di Malaysia kerana undang-undang di Malaysia telah menetapkan dalam Akta Penjara tahun 1995 bahawa kedua-dua kesalahan tersebut disekalikan dan tidak diasingkan.

Reference
  • 1. Abdullah Basmeih. (1998). Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. Dar al-Fikr.
    2. Abdul Qodir Audah. (t.t). At-Tasyri’ al-Jina’iy al-Islamy (Juzuk 1). Dar Al-Kitab Al- ‘Araby.
    3. Abdul Rashid Moten. (1998). A guide to research proposal and report writing. Research Centre International Islamic University.
    4. Abi Al-Hasan ‘Āli ibn Muḥammad ibn Habib Al-Mawardi. (t.t). Al-Ahkam al Sultaniyyah. Dar Al-I’tisom.
    5. Abu Ishaq Ibrahim bin ‘‘‘Āli bin Yusuf Al-Fairuzabadi Asy-Syirazi. (1994). Al-Muhadzdzab fi fiqh mazhab al-Syafie (Juzuk 2). Dar Al-Fikr.
    6. Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan metodologi penyelidikan pengajian Islam. UKM Press.
    7. Akta Penjara 1995. (Akta 537).
    8. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998. (Akta 585).
    9. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. (Akta 303).
    10. Al-Shirbini, Al-Khatib, Sheikh Muḥammad. (2001). Mughni al-Muhtaj, Jilid 3. Dar Al-Fikr.
    11. Ayunie lwn Fazily (2016). Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah, No. Kes. Mal: 15/2016.
    12. Bahiyah Ahmad, Mazni Abd Wahab, Raihanah Azahari & Asmak Ab Rahman. (2016, 5–6 Disember). Pentaksiran nafkah anak berasaskan kriteria kifayah dan ma’ruf: Kajian kes di Malaysia. [Persidangan] The 1st International Conference on Islam and Contemporary Issues in The Muslim World: Challenges and Way Forward, 2016, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
    13. Baker, T. L. (1999). Doing social research (3rd ed). Hlm 240. Mc Grew Hill.
    14. Farah Syazwani Ali. (2020). Penjara 30 hari kerana tak bayar nafkah anak. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/115599/edisi/terengganu/ penjara-30-hari-kerana-tak-bayar-nafkah-ana
    15. kFatimah lwn Manaf (2014). Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, No. Kes. Mal: 429/2014.
    16. Hussin Che Pa, Nasrul Hisyam Nor Muhammad & Suhaimi Mustar. (2016). Bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah selepas Pindaan Perkara 121(1a) Perlembagaan Persekutuan: Satu penilaian. Malaysian Journal of Syariah and Law, 4, 1–13.
    17. Ibnu Qayyim Al-Jauzi. (t.t). At-Thuruq al-Hukmiyyah fi As-Siyasah as-Syariyyah. Mathbaatu Al-Madani.
    18. Ibnu Saad. (1990). Al-Thabaqat al-Kubra (Juz 1). Himmah. Hlm 356.
    19. Jabatan Insolvensi Malaysia. (2022). Glossari komital. http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/perundangan/glosari
    20. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. (2016). Penjara khas pesalah syariah perlu diwujudkan. https://jksnpp.penang.gov.my/index.php/18-penerbitan-mahkamah/81-penjara-khas-pesalah-syariah-perlu-diwujud
    21. Mansur ibn Yunus ibn Idris Al-Buhuti. (1974). Kashshaf al-Qina (Juzuk 5). Matba’at Al-Hukumah. Mohd Hazwan Ismail & Jasni Sulong. (2021). Saman penghutang penghakiman: Keperluan perintah nafkah atau perintah tunggakan nafkah. Journal of Contemporary Islamic Law, 6(1), 29–38.
    22. Mohd Hazwan Ismail & Jasni Sulong. (2022). Penguatkuasaan penghakiman sita dan jual: Pelaksanaan dan kekangan di mahkamah syariah. Journal of Contemporary Islamic Law, 7(1), 91–101.
    23. Mohd Hazwan Ismail. (2022). Pelaksanaan waran tangkap oleh pihak polis dalam kes tunggakan nafkah di mahkamah syariah.Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 30, 51–60.
    24. Muḥammad Dujan. (2010). Al-Hibsi Wa Asaruhu A’la Tasrifat Al-Mahbus Fi Ba’dha Masail Al-Zauj wa Al-Talak. Jami’ah Al-Najah Al-Wataniah.
    25. Nur Zulfah Md Abdul Salam & Nur Syazwani Mohd Khatib. (2020). Isu tunggakan nafkah: Keperluan penubuhan bahagian sokongan keluarga (bsk). Journal of Muwafaqat, 3(1), 38–51.
    26. Rozimah lwn Zainol (2020). Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, No. Kes. Mal: 2/2020.
    27. Siti Salwa Sha’ari. (2010). AC Mizal terselamat hukuman penjara 25 hari. mstar. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/10/28/ac-mizal- terselamat-hukuman-penjara-25-hari
    28. Sunan Abū Dāwud. Kitab Alafdiliah, Bab Fi Alhabsi Fi Addin wa Ghairihi. Hadis No. 31998.
    29. Wardi Muslih. (2004). Fiqih Jinayat (Cetakan Pertama). Sinar Grafika.