Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan
List of Authors
  • Faizah Mohd Fakhruddin , Fathiyah Mohd Fakhruddin , Sussvinderjeet Kaur Manjit Singh

Keyword
  • pornografi, ketagihan pornografi, belia, langkah menangani, kesan ketagihan,

Abstract
  • Isu ketagihan pornografi adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin berleluasa dalam masyarakat. Ketagihan pornografi boleh meningkatkan jenayah seks luar nikah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan penglibatan dan langkah menangani isu ketagihan tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah atau convenient sampling yang melibatkan belia universiti dan luar universiti yang bersedia terlibat dalam kajian. Seramai 116 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan platform Google Form. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan menunjukkan kesan utama daripada ketagihan bahan pornografi boleh menjerumuskan diri kepada jenayah seksual. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah menangani ketagihan bahan pornografi perlu melibatkan pihak kerajaan, institusi pendidikan, ibubapa, insitusi keagamaan dan masyarakat. Kajian ini memberi implikasi penting agar isu ketagihan bahan pornografi dalam kalangan belia wajar ditangani dengan segera dan secara tegas menerusi penggemblengan usaha daripada pihak yang berkaitan.

Reference
  • Agensi. (2018, July 16). Kadar kes rogol semakin meningkat di India. Retrieved from https://malaysiagazette.com/2018/07/16/kadar-kes-rogol-semakin-meningkat-di-india/
    Alvi, M.H. (2016). A Manual for Selecting Sampling Techniques in Research. Akses di https://mpra.ub.uni-muenchen.de/70218/.
    Amirul Ashraaf Norman & Nooraini Othman. (2020). Ketagihan pornografi dalam kalangan remaja: Faktor dan implikasi terhadap sahsiah diri remaja. Jurnal Melayu, 19(2), 205-215.
    Apuke, O.D. (2017). Quantitative research methods a synopsis approach. Arabian Journal of Business and Management Review (Kuwait Chapter), 6(10), 40-47.
    Arifin, L. (2020, November 20). Jenayah rogol, mencederakan meningkat pada 2019. Retrieved from
    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756298/jenayah-rogolmencederakan-meningkat-pada-2019.
    Azrina Mazlin Alias & Vishalache Balakrishnan. (2016). Impak kesukarelawanan dalam kalangan belia di Kuala Lumpur: Satu kajian. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(4), 25-43.
    BERNAMA. (2019, Mac 23). 80 peratus kanak-kanak 10-17 tahun tonton pornografi. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratuskanak-kanak-10-17-tahun-tonton-pornografi
    Ismail, D. W. (2012, April 27). Pornografi. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pornografi/
    Hall, N. (2020). Pornhub Reports Massive Traffic Spike During Self-Isolation Period. Retrieved from https://manofmany.com/lifestyle/sex-dating/pornhub-coronavirustraffic-spik
    Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2019). Amalan keselamatan siber pengguna internet terhadap buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication. 35(3), 212-227.
    Nur Qamarina Rahman & Hilwa Abdullah @ Mohd Nor. (2021). Ketagihan Telefon Pintar dan Ketagihan Pornografi Terhadap Kesihatan Mental dalam Kalangan Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1 - 9.
    Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin & Andi Suwirta. (2016). Faktor yang mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia. INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, 1(1), 55 - 66.
    Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nasarah & Zaharuddin Othman. (2016). Pembinaan bangsa Malaysia (1): Kajian empirical tahap patriotism belia. Geografia Online Malaysian Journal od Society and Space, 12(10), 159-170.
    Varatharajoo, T., & Abdullah@ Mohd Nor, H. (2020). Hubungan antara Ketagihan Pornografi dan Jenis Trait Personaliti dalam Kalangan remaja. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-9.