Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Flipped Classroom Dalam Mata Pelajaran Ekonomi
List of Authors
  • Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid sekolah menengah terhadap penggunaan flipped classroom. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan pendekatan kuantitatif.  Seramai 134 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di daerah Cheras, Kuala Lumpur telah terlibat dalam menjawab soal selidik kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (Min = 3.59, SP=0.41 ), sikap (Min = 3.37, SP=0.79) dan motivasi (Min = 3.45, SP=0.57) murid adalah sederhana walaupun mereka telah didedahkan dengan flipped classroom. Justeru, beberapa cadangan telah diberikan dalam kajian ini bagi memastikan murid lebih berautonomi dan berdikari dalam memperoleh maklumat pembelajaran.


Reference
  • No Data Recorded