Motivasi Guru Menggunakan Teknologi Inovatif Berdasarkan Teori Penentuan Kendiri
List of Authors
Aminah Jekri, Crispina Gregory K Han, Nur Farha Shaafi
Keyword
Motivasi, Motivasi Intrinsik, Motivasi Ekstrinsik, Teknologi Inovatif, Teori Penentuan Kendiri
Abstract
Kemunculan Revolusi Industri 4.0 diramalkan akan mengubah landskap pendidikan negara menerusi pemerkasaan strategi pengajaran, inovasi dan pendigitalan (KPM, 2024). Seiring dengan perkembangan teknologi inovatif, strategi pengajaran berbantukan teknologi tersebut dikenalpasti berpotensi dalam membentuk sistem pendidikan negara yang komprehensif, praktikal dan memenuhi keperluan semasa. Namun, dapatan kajian lepas mengesahkan tahap penggunaan teknologi terkini seperti teknologi inovatif, masih beraada pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi serta pengaruhnya terhadap penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran sains berpandukan Teori Penentuan Kendiri. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan secara keratan rentas ini melibatkan seramai 62 orang guru sains di dearah Penampang, Sabah, yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data diperolehi menerusi instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 29.0. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan motivasi guru adalah pada tahap sederhana (M = 3.22, SP = .82). Seterusnya, dapatan analisis ujian regresi dan korelasi pula mengesahkan wujud hubungan dan pengaruh positif yang signifikan antara motivasi dan penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran sains. Didapati, motivasi guru dapat menerangkan secara signifikian sebanyak 78% daripada penggunaan teknologi inovatif. Implikasinya, aspek motivasi guru perlu diberi perhatian sewajarnya bagi meningkatkan penggunaan teknologi inovatif secara bersepadu, kreatif dan inovatif, seiring dengan matlamat Dasar Pendidikan Digital (DPD), sekaligus mewujudkan guru kompeten digital.