Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di SJKC Daerah Hulu Perak
List of Authors
  • Bity Salwana Alias

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Profesional keguruan menjelang abad ke-21 merupakan satu indikator bagi menunjukkan gabungan kepimpinan dan pendidikan. Malahan, kepuasan kerja guru yang kurang dititikberat oleh pihak pemimpin sesebuah sekolah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru di SJKC. Kepuasan kerja guru dapat meningkatkan pencapaian prestasi guru, murid dan sekolah atau sebaliknya. Kepimpinan transformasi guru besar boleh menjejaskan atau sebaliknya terhadap kepuasan kerja guru. Seramai 32 orang guru daripada 3 buah SJKC Daerah Hulu Perak terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal-selidik skala Likert Lima Poin bagi  instrumen kajian ‘Multifactor Leadership Questionnaire’ (MLQ) dan Herzberg’s Motivation and Hygiene factors. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) Versi 22. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, sisihan piawai dan skor min digunakan untuk melihat tahap kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar SJKC adalah tinggi (min=4.15,s.p. 0.498), manakala kepuasan kerja guru adalah pada tahap tinggi (min=4.19,s.p. 0.499). Implikasi kajian kepada pelbagai pihak termasuklah pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam menghasilkan kepimpinan yang cemerlang dan memastikan sekolah dapat berprestasi tinggi. Di samping itu, kajian ini dapat memberi pendedahan kepada guru besar SJKC untuk mengkaji semula kepimpinan mereka semasa mengurus hal pentadbiran di sekolah mereka. Kesimpulannya, kepimpinan transformasi guru besar akan memberi impak kepada kepuasan kerja guru.


Reference
  • No Data Recorded