Persepsi terhadap penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit
List of Authors
  • Arvin Raj D.Mahendran , Filyntiana Tenge Andrew , Zurinah Tahir

Keyword
  • Teknologi, kelapa sawit, pertanian, kecekapan, inovasi

Abstract
  • Teknologi moden digunakan dalam penanaman kelapa sawit yang merupakan tanaman komoditi bagi Malaysia seperti pokok kelapa sawit seperti penghasilan benih, baja, penggunaan jentera, dan lain-lain lagi. Dengan ini produktiviti kelapa sawit dapat dipertingkatkan dan pada masa yang sama juga hasil sawit negara mencapai kualiti yang tinggi. Tujuan kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti persepsi penggunaan terhadap teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Kaedah kajian menggunakan kaedah kuantitatif kolerasi dengan mengumpulkan responden kebun kelapa sawit tertentu iaitu seramai 167 responden yang dikehendaki. Kesemua responden yang dikaji ini merupakan pekebun kecil kelapa sawit baik lelaki mahupun perempuan kerana kajian ini memfokuskan persepsi mereka terhadap penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Bagi mengenalpasti persepsi terhadap penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu komponen kecekapan dan inovasi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa jumlah min bagi komponen inovasi adalah 4.24 yang menunjukkan persepsi bagi pengaplikasian teknologi seperti penggunaan jentera jentolak memudahkan menggali tanah dan menolak pokok kelapa sawit teknologi moden banyak mempengaruhi dalam penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Kajian juga mendapati jumlah min bagi komponen kecekapan adalah 4.24 yang menunjukkan bahawa persepsi pekebun kecil terhadap komponen ini adalah teknologi moden memanfaatkan petani kelapa sawit dengan memudahkan kerja mereka dan juga meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Kesimpulannya, persepsi pekebun kecil terhadap penggunaan teknologi moden adalah lebih kearah positif dimana ianya dapat meningkatkan pendapatan dan menaiktarafkan kehidupan. Namun demikian, pandangan yang dikemukakan perlulah dipraktikkan dalam kehidupan sama ada pekebun kecil kelapa sawit mengaplikasikan teknologi ini dalam menjalankan usaha ini.

Reference
  • 1. Abd Hair Awang, Khairuman Hashim, Zaimah Ramli, Novel Lydon, Izzurazila Ibrahim, Tan Say Pen, Mohd Arfan Johari, Nur Hana Besaruddin, Mohd Haidar Abdul Hamid & Ishak Yusof. 2016. Pemindahan Teknologi dan Produktiviti Pekebun Kecil Persendirian Sawit di Teluk Intan, Perak, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 13, 78-87.
    2. Adullah Azizi & Hairunnizam Wahid. 2018. Penglibatan pekebun kecil sawit dalam perniagaan dan keusahawanan: Kajian di Teluk Intan, Perak. Prosiding PERKEM ke 13.
    3. Asmahanim Amir. 2017. UKM dan FGV R&D Jalin Kerjasama Penyelidikan Industri Kelapa Sawit. Universiti Kebangsaan Malaysia. November.
    4. Azima A.M, Er Ah Choy, Novel Lydon, Vivien W.C. Yew. 2018. Mendepani Kekangan Inovasi dan Teknologi Dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Sabah. Malaysian Journal of Society and Space issue 14, 56-67.
    5. Choo Yuan Mei. 2011. Penilaian Kitaran Hidup Pengeluaran dan Pemecahan Minyak Sawit Halus. Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
    6. Er Ah Choy, Mohd Azlan Abdullah & Rosmiza Mohd Zainol. 2012. Kemampanan persekitaran klaster sawit: Kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 8, 121-129.
    7. Fatin Umaira Muhamad Azian, Abd Hair Awang, Izzurazlia Ibrahim, Zaimah Ramli, Novel Lydon, Ishak Yusof, Khairuman Hashim, Tan Say Peng, Mohamad Arfan Johari, Nur Hana Basaruddin & Mohd Haidhar Abdul Hamid. 2017. Kelestarian Penanaman Sawit dan Produktiviti Pekebun Kecil Persendirian. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) 21, 12-20.
    8. Francois Bourguignon & Maurizio Bussolo. 2013. Income Distrubution in Computable General Equilibrium Modeling. Hanbook Of Computable General Equilibrium Modeling 1, 1383-1437.
    9. HJ Kharuman Hashim. 2017. Warta Sawit. Bil 66 (2)/Mei-Ogos.
    10. Idris Omar, Ahmad Tarmizi & Zin Zawawi Zakaria. 2006. Panduan Pembajaan Sawit untuk Pekebun Kecil. Risalah Sawit, 13 Ogos.
    11. Izzah Syazwany, Noraida Abdul & Er Ah Choy. 2015. Faktor pemilihan minyak sawit dalam kalangan pengguna: Kajian Empirikal di Putrajaya, Malaysia. Malaysian Journal of Soceity and Space 8, 66-77.
    12. J. Pallant. SPSS Survival Manual. 2006. A step by step guide to data analysis using SPSS. 4th Edition, Crows Nest, New South Wales.
    13. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.
    14. Malaysia external Trade Development Corporation (MATRADE). 2016. https://www.matrade.gov.my/en/malaysia-trade-performance/3758-trade-performance-december-2016-and-january-december-2016 .
    15. Malaysian Palm Oil Board (MPOB). 2015. https://bepi.mpob.gov.my/admin2/price_local_daily_view_cpo_msia.php?more=Y&jenis=1Y&tahun=2015 .
    16. Mohamad Arif & Nur Muhammad Akbar Illahi. 2018. Aplikasi metode oven suhu tinggi tetap dan benih utuh dalam pengujian kadar air benih kelapa sawit (Elaeis Guineensis L. Jacq). Indonesian Journal of Oil Palm Research 26, 153-159.
    17. Noor Asmawati. 2013. Industri sawit eksport terbesar komoditi negara. Berita Harian. Sabtu, 05 Januari.
    18. Rosmarina Ahmad Khariri. 1999. Kesan Campuran Baja Kimia P Larut dan Batuan Terhadap Anak Benih Kelapa Sawit. Universiti Putra Malaysia.
    19. Syahrul Anuar, Muhammad Hakimi & Salmy Edawati. 2017. Potensi projek tanaman kelapa sawit berskala kecil di daerah Hilir Perak: Analisa Pekaan. International Journal of Accounting, Finance and Business 5, 177-194.
    20. Tasma I.M. 2016. Pemanfaatan Teknologi Genomika dan Transformasi Genetik Untuk Meningkatkan Produktivitas Kelapa Sawit. Perspektif 15, 50-72.