Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia: kes jerebu pada Ogos 2005
List of Authors
  • Shaharuddin Ahmad

Keyword
  • pencemaran udara, titik panas, Indek Pencemaran Udara, jerebu, aplikasi GIS

Abstract
  • Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatra, Indonesia. Kajian lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Niño dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor penyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia. Makalah ini cuba menganalisis bencana jerebu terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada episod jerebu bulan Ogos 2005. Dengan menggunakan kaedah pemetaan kontur GIS, taburan kepekatan jerebu atau pmakalah ampaian yang bersaiz kurang daripada 10 mikron ( PM10) diplotkan bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Analisis data satelit NOAA-14 dari bulan Jun hingga Ogos 2005 menunjukkan bilangan titik panas yang mewakili kawasan litupan hijau yang terbakar di Sumatra Timur berjumlah lebih daripada 250 lokasi. Pergerakan angin barat daya yang lemah telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Dapatan awal ini menunjukkan terdapat tren perubahan kepekatan pencemar akibat daripada perubahan arah dan kelajuan angin lazim barat daya semasa episod berkenaan. Diharapkan kajian ini dapat menyediakan asas maklumat pemodelan episod jerebu pada masa akan datang terutamanya kesan jerebu terhadap sektor ekonomi utama Malaysia.

Reference
  • Asmala Ahmad & Noorazuan Hashim. 2006. “Remote sensing of land surface temperature using Landsat TM Thermal Infrared Band”. Proceedings of The Asia GIS 2006 International Conference, UTM Johor, Malaysia. 9-10 March.
    Asmala Ahmad, Mazlan Hashim, Noorazuan Hashim, Mohamad Nizam Ayof & Agus Setyo Budi. 2006. “Satellite-based method for computing Air Pollution Index”. Proceedings of The National Seminar on Science and Its Applications in Industry (SSASI 2006), Malacca, Malaysia, 14th – 15th February. Section 2: 1.
    ECOS. 2002. Looking into Malaysia’s haze. Ecos Magazine 110. CSIRO. Jan-March: 5.
    ESRI. 1995. Arcview GIS. The Geographic Information System for everyone. California: Environmental Systems Research Institute.
    Jabatan Alam Sekitar. 1989. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Tahun 1988. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
    Li, F. Jackson, T. J. Kustas, W. P. Schmugge, J. French, M.H. Cosh & R. Bindlish. 2004. Deriving land surface temperature from Landsat 5 and 7 during SMEX02/SMACEX, Remote Sensing of Environment, Vol. 92: 521-534.
    Lutgens, F.K. & E.J. Tarbuck.1998. The atmosphere: An iIntroduction to meteorology. Edisi Ke-7. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc. Bab 13.
    Makmal NOAA. Imej Ogos 2005. GOES dan NOAA. UKM Bangi: Makmal Satelit Cuaca (dalam CD).
    Noorazuan Hashim. 1992. Suatu kajian mengenai pencemaran udara. Dari aspek pengaruh meteorologi ke atas kemunculan episod pencemaran di Lembah Kelang. Tesis B.Sc (Geografi). Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
    Seidel, C. 2003. Mapping and analysis of seafloor characteristics using ArcView. Paper presented at ESRI User Conference. (atas talian). gis.esri.com/library/userconf/proc03/p0420.pdf.
    Shaharuddin Ahmad & Noorazuan M.H. 2005. Hot spot di Sumatra & Jerebu di Malaysia: Analisis perubahan kepekatan pencemar PM10 semasa episod jerebu Ogos 2005. Prosiding Seminar Bersama UKM-Universiti Indonesia SEBUMI 05. 15-16 Disember [Bentuk CD].
    Sham Sani & Shaharuddin Ahmad. 1976. A note of preliminary study of respirable dust particulate air pollution in Kuala Lumpur, Peninsular Malaysia. Malayan Nature Journal. Vol. 29(3): 159-164.
    Sham Sani. 1979. Mixing depth, wind speed and air pollution potential in the Kuala Lumpur-Petaling Jaya area, Malaysia. Malayan Nature Journal. Vol. 32(2): 233-245.
    Sham Sani. 1980. The climate of K.L and P.J. A study of the impact of urbanization on local climate within humid tropics. UKM Press.
    Sham Sani. 1984. Suspended particulate air pollution over PJ during the September 1982 haze. Ilmu Alam. Bil. 12: 83-90.
    Sham Sani, C.B. Khean, L.C. Peng, & L.S. Fook. 1991. The August 1990 haze in Malaysia with special reference to the Klang Valley region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological Service.
    Smith, K. 2001. Environmental hazards: Assessing risk and reducing disaster. Edisi Ke-3. London: Routledge.
    Utusan Online. 15 Ogos 2005. 8 syarikat kita terbabit melakukan pembakaran terbuka seluas 200 000 hektar di Riau. http://www.utusan.com.my.
    Williamson, S.J. 1973. Fundalmentals of air pollution. Massachusetts: Addison-Wesley.