Kekerapan Penggunaan Strategi Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cemerlang Cina dan Iban
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji kekerapan penggunaan strategi kemahiran menulis di empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran menulis terhadap murid cemerlang Cina dan Iban Tahap Dua SJK di kawasan luar bandar di daerah Subis, Sarawak. Seramai 113 murid cemerlang Cina dan Iban Tahap Dua yang dipilih menggunakan kaedah persampelan menjadi responden kajian. Kajian ini dijalankan berdasarkan Teori Kognitif Jean Piaget (1896). Instrumen soal selidik yang mengandungi 16 item dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu strategi menulis di dalam kelas dan juga strategi menulis di luar kelas telah diukur berdasarkan tiga skala Likert. Data deskriptif yang melibatkan frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan telah dianalisis melalui perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi mencatat apa-apa yang diajar oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas manakala di luar kelas pula, murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi membuat latihan menulis di rumah. Kesimpulannya, setiap murid cemerlang perlu mengenal pasti strategi yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran tersendiri supaya proses pembelajaran berkesan. Dapatan kajian dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti menulis yang efektif berdasarkan kepelbagaian strategi menulis dalam kalangan murid bukan penutuf natif bahasa Melayu.


Reference
  • No Data Recorded