Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: analisis tatatingkat kekangan
List of Authors
  • Zaharani Ahmad

Keyword
  • Kekangan, Calon Optimal, Tatatingkat, Pematuhan Kekangan, Pengengkaran Kekangan

Abstract
  • Makalah ini bertujuan untuk meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangan syarat koda dalam enam dialek daerah bahasa Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek Perak, dialek Melaka, dialek Kelantan dan dialek Sarawak. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan berdasarkan kekangan daripada teori optimaliti (seterusnya TO). Kebanyakan dialek Melayu didapati tidak membenarkan segmen likuida menduduki posisi koda suku kata. Kehadiran koda segmen yang tidak digemari ini biasanya ditangani dengan tiga strategi utama, iaitu pengguguran-K, rumus perubahan fitur, dan peleburan segmen. Setiap dialek Melayu menggunakan strategi yang berbeza untuk menangani masalah segmen di koda ini yang akhirnya menghasilkan variasi fonologi dalam dialek-dialek tersebut. Dalam TO pengekangan sesetengah segmen daripada menduduki posisi koda dikawal oleh kekangan yang dikenali sebagai SYARAT KODA. Pematuhan SYARAT KODA melalui tiga strategi yang disebut di atas melibatkan pengengkaran kekangan MAKS-IO, IDENT-IO, dan UNIFORMITI. Kemunculan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu dianalisis dalam kajian ini sebagai hasil daripada perbezaan tatatingkat kekangan kepurnaan bentuk yang terdapat dalam nahu sesuatu dialek itu.

Reference
  • Asmah Haji Omar. 1975. Essays on Malaysian linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Asmah Haji Omar. 1985. Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Chambers, J. K. dan P. Trudgill. 1980. Dialectology. Cambridge: Cambridge University Press.
    Ito, Junko & R. Armin Mester. 1994. Reflections on coda cond and alignment. In Jason Merchant, Jaye Padgett & Rachel Walker. (eds.). Phonology at Santa Cruz: Volume 3. Santa Cruz: University of California, Santa Cruz.
    King, R. B. 1969. Historical linguistics and generative grammar. Eaglewood Cliffs: Prentice-Hall.
    Lamontagne, Greg, and Keren Rice. 1995. A correspondence account of coalescence. In Jill N. Beckman, Laura Walsh Dickey & Suzanne Urbanczyk (eds). University of Massachusetts Occasional Papers in Linguistics 18: Papers in Optimality Theory. Amherst, MA: Graduate Linguistic Student Association.
    Lass, R. 1984. Phonology: An introduction to basic concepts. Cambridge: Cambridge University Press.
    Lehmann, W. P. 1973. Historical linguistics: An introduction. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.
    McCarthy, John J. & Alan M. Prince. 1993a. Prosodic morphology 1: Constraint interaction and satisfaction. Ms., University of Massachusetts, Amherst, and Rutgers University, New Brunswick. [To appear Cambridge, MA: MIT Press.].
    McCarthy, John J. & Alan M. Prince. 1993b. Generalized alignment. In Geert Booij & Jaap van Marle. (eds.). Yearbook of morphology 1993. Dordrecht: Kluwer. Pp. 79-153.
    McCarthy, John J. & Alan M. Prince. 1994. The emergence of the unmarked: Optimality in prosodic morphology. In Merce Gonzalez (ed.). Proceedings of the North East Linguistic Society 24. Amherst, MA: Graduate Linguistic Student Association. Pp. 333-379.
    McCarthy, John J. & Alan M. Prince. 1995. Faithfulness and reduplicative identity. In Jill N. Beckman, Laura Walsh Dickey & Suzanne Urbanczyk (eds.). University of Massachusetts Occasional Papers in Linguistcs 18: Papers in Optimality Theory. Amherst, MA: Graduate Linguistic Student Association.
    Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect: A study of modern Greek phonology. Cambridge: Cambridge University Press.
    Pater, Joe. 1999. Austronesian nasal substitution and other NC effects. In Rene Kager, Harry van der Hulst, & Wim Zonneveld (eds.). The prosody morphology interface. Cambridge: Cambridge University Press.
    Yunus Maris. 1980 [1966]. The Malay sound system. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
    Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Zaharani Ahmad. 2005. The phonology-morphology interface in Malay: An optimality theoretic account. Canberra: Pacific Linguistics.