Kecerdasan Emosi Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Guru Di Sekolah Kurang Murid Negeri Melaka
List of Authors
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pemimpin sekolah dengan kecekapan kecerdasan emosi yang tinggi mampu meningkatkan komitmen organisasi para guru agar dinamik dan berterusan. Kajian yang lepas menunjukkan kecerdasan emosi yang tinggi dalam kalangan pemimpin sekolah mempengaruhi  komitmen organisasi  guru. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi guru besar dan tahap komitmen organisasi guru-guru serta hubungan di antara kecerdasan emosi guru besar dengan komitmen organisasi guru-guru di sekolah kurang murid. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah sekolah kurang murid dalam  daerah Alor Gajah, Melaka dan 32 orang guru sebagai responden. Borang soal selidik secara atas talian menggunakan aplikasi google form digunakan bagi pengumpulan data dan dianalisis menggunakan SPSS versi 2.2. Hasil kajian mendapati tahap kecerdasan emosi guru besar dan komitmen organisasi guru adalah  tinggi serta terdapat hubungan yang positif di antara kecerdasan emosi guru besar dan komitmen organisasi guru. Dapatan kajian boleh membantu pihak yang berkaitan dalam menambahbaik latihan dan kursus amalan kepimpinan sekolah dan penghasilan modul terkini dan relevan dengan memfokuskan kepada kecekapan kecerdasan emosi. Pemimpin sekolah perlulah meningkatkan kemahiran dan mengamalkan kecerdasan emosi dalam kepimpinan mereka bagi meningkatkan komitmen organisasi yang berterusan.


Reference
  • No Data Recorded