Kajian Indeks Kualiti Air Akibat Pembuangan Sisa Tahi Lembu Di Sungai Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson
List of Authors
  • Azween Irma Zainal, Dazlyna Zainal Abidin, Salmiah Husain

Keyword
  • Indeks Kualiti Air, Tahi Lembu, Sungai Kampung Sawah

Abstract
  • Kajian Indeks Kualiti Air (IKA) yang mengukur parameter berkaitan telah dijalankan di 5 stesen (S1, S2, S3, S4 dan S5) di Sungai Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson. Kajian dijalankan kerana didapati terdapat kandang ternakan lembu yang menyalurkan sisa buangan tahi lembu ke dalam sungai berkenaan. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui Indeks Kualiti Air dengan ujian yang dijalankan iaitu ujian pH, permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (SS), nitrogen ammonia (NA), suhu dan oksigen terlarut (DO). Hasil daripada kajian ini, didapati stesen S3 mencatatkan bacaan parameter paling tinggi diantara lima stesen dengan bacaan COD 118mg/l, BOD 19.7mg/l, ammonia nitrogen 50.1mg/l, SS 194mg/l dan bacaan nilai pH sebanyak 6.57. Hasil kajian ini mendapati peratus indeks kualiti air (IKA) terendah sebanyak 24.77% meletakkan sungai ini dibawah kelas V iaitu tercemar teruk dan tiada kehidupan akuatik boleh hidup mengikut Piawaian Interim Air Kebangsaan Malaysia (INQWS).

Reference
  • No Data Recorded