Keberkesanan Penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini mengkaji sejauhmana keberkesanan penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah murid tahun 4. Kajian kuasi eksperimen dengan empat kali rawatan digunakan terhadap murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah daerah Kapit, Sarawak. Bagi menentukan kumpulan kawalan dan rawatan, murid dikategorikan mengikut kelas sedia ada. Setiap kumpulan kawalan dan eksperimen terdiri daripada 30 orang murid. Melalui ujian pra dan pos, data dianalisis. Sementara itu, data telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Bagi analisis inferensi, analisis adalah menggunakan ujian-t dan analisis korelasi Pearson. Hasil dapatan bagi kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra mendapati bahawa keputusan ujian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Selepas menjalani rawatan, skor min ujian pra dan pos mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan. Bagi kumpulan kawalan pula yang menggunakan kaedah tradisional menunjukkan skor min yang tidak signifikan. Dari segi jantina didapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina murid terhadap penggunaan JPW dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Namun demikian, terdapat hubungan positif antara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Implikasi kajian ialah penggunaan teknik dapat meningkatkan kemahiran menulis murid dalam penulisan karangan.


Reference
  • No Data Recorded