Makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian ketika tempoh pandemik: kajian kes terhadap pekerja sambilan harian di Kuala Lumpur
List of Authors
  • Farah Adibah Ibrahim , Junaidah Yusof , Mohd. Sharial Bungsu

Keyword
  • Makna, Cabaran, Pekerjaan Sambilan Harian, Pandemik Covid-19

Abstract
  • Malaysia turut menerima implikasi ekonomi berikutan serangan pandemik Covid-19. Ramai golongan pekerja kehilangan pekerjaan berikutan ketidakupayaan majikan untuk menampung kos operasi syarikat apabila Perintah Kawalan Pekerjaan (PKP) fasa satu dilaksanakan. Hal ini kerana pihak kerajaan hanya membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih sahaja beroperasi ketika tempoh PKP fasa satu berlangsung. Apabila keadaan berasur pulih, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan. Pada tempoh PKPB dan PKPP ini terdapat majikan menawarkan pekerjaan bagi memulakan semula operasi mereka termasuk bagi jawatan pekerja sambilan harian. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian bagi pekerja-pekerja sambilan harian ketika tempoh pendemik covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang informan telah menjadi sampel kajian dan ditemubual secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa tanggungjawab untuk menyara keluarga muncul sebagai faktor utama mengapa para pekerja sambilan harian ini sanggup menerima tawaran pekerjaan sambilan harian sungguhpun tidak selari dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja mereka. Sementara itu, risiko jangkitan covid-19 dan ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa merupakan cabaran yang paling banyak dinyatakan oleh para informan. Kesimpulannya, ketika tempoh pandemik, mendapatkan suatu pekerjaan dilihat sangat penting untuk kelangsungan hidup seseorang pekerja dan keluarga mereka.

Reference
  • 1. AFP. (03 Disember, 2020). Krisis Covid-19 Kurangkan Upah Pekerja – ILO. Berita Harian Online. Diakses pada 28 Februari 2021 daripada https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/12/760983/krisis-covid-19-kurangkan-upah-pekerja-ilo
    2. Chua Yan Piaw. (2020). Mastering Research Methods. Mc-Graw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
    3. Congressional Rsearch Service. (2021). Unemployment Rates During the Covid-19 Pandemic: In Brief. Bahan diakses pada 20 Mac 2021 daripada https://fas.org/sgp/crs/misc/R46554.pdf
    4. Fahmy A. Rosli (12 september, 2020). 79 737 Hilang Pekerjaan Tahun Ini. Berita Harian Online, Bahan diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/730655/79737-hilang-pekerjaan-tahun-ini
    5. Fakaruddin Kamarudin. (02 Februari, 2021). Pandemik Tingkat Pengganguran Graduan. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/02/782128/pandemik-tingkat-pengangguran-graduan
    6. Fareez Azman. (18 Februari, 2021). 81 Peratus Rakyat Malaysia Bimbang Kehilangan Pekerjaan Akibat Covid-19 – Kajian. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/81-peratus-rakyat-malaysia-bimbang-kehilangan-pekerjaan-akibat-covid19-kajian-281930
    7. International Labour Organization. (2021). What is Temporarily Employment. Bahan diakses pada 10 Mac 2021 daripada https://www.ilo.org/global/topics/non-standard-employment/WCMS_534826/lang--en/index.htm
    8. Inwork Project. (2021). Why is Work Important. Bahan diakses pada 02 Mac 2021 daripada http://www.inworkproject.eu/toolbox/images/pdf/Why%20is%20work%20important.pdf
    9. Khairul Anwar Mohd amin. (19 April, 2020). 650 000 Majikan Bagai Telur Dihujung Tanduk. Sinar Harian Online. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/79575/BERITA/Nasional/650000-majikan-bagai-telur-di-hujung-tanduk
    10. Lin Lean Lim. (2020). The Socioeconomic Impact of Covid-19 in Malaysia: Policy Review and Guideance for Protecting the Most Vulnerable and Supporting Enterprises. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada http://ilo.org/wcmsp5/groups/public/---asia/---ro-bangkok/documents/publication/wcms_751600.pdf
    11. Mohd Zaky Zainuddin. (02 Jun, 2020). Covid-19: Kerajaan Analisis Kesan Ke Atas Sektor Terjejas. Berita Harian Online. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695534/covid-19-kerajaan-analisis-kesan-ke-atas-sektor-terjejas
    12. Nor Azura Md Amin. (13 Februari 2021). Kluster Tempat Kerja Mendominasi Gelombang Ketiga Covid-19. Sinar Harian Online. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/123717/KHAS/Covid-19/Kluster-tempat-kerja-dominasi-gelombang-ketiga-Covid-19
    13. Nurul Riduan Nor Ashaha. (18 Mac, 2020). Tiga Sektor Dunia Dibadai Covid-19. Sinar Harian Online. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/74274/ANALISIS-SEMASA/Tiga-sektor-dunia-dibadai-Covid-19*6**
    14. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    15. Othman Talib. (2019). Analisis Data Kualitatif dengan ATLAS.Ti 8: Penerangan Lengkap Langkah Demi Langkah. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
    16. Parlimen Malaysia Portal. (03 Disember, 2020). Bahan diakses pada 28 Februari 2020 daripada http://www.pnbbcportal.com/2020/12/03/gaji-pekerja-seluruh-dunia-turun-akibat-covid-19/
    17. Pejabat Perdana Menteri. Perutusan YAB Perdana Menteri Mengenai Covid-19. Bahan diakses pada 01 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16-mac-2020-2/555550
    18. Puvennesvary Muthiah, R. Sivabala Naidu, Mastura Badzis, Nor Fadhilah Mat Nayan, Radziah Abdul Rahim & Noor Hashioma Abdul Aziz. (2020). Qualitative Research Data Collection and Data Analysis Techniques. Universiti Utara Malaysia Press.
    19. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin & Mohd Nasaruddin Hydr Ali. (2020). Panduan Lengkap MENDELEY & Word dalam Penulisan Disertasi & Tesis. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    20. Sivachandralingam Sundara Raja, Noraini Mohamed Hassan & Chong Wu Ling. (2016). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Penerbit Universiti Malaya.
    21. Yin, R. K. (1994). Case Study Research. Design and Methods. 2nd Edition. Thousand Oaks:Sage