Keberkesanan dan Cabaran Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf MAIPs: Kajian Kes dari Perspektif Penerima Bantuan
List of Authors
  • Azlini Hassan, Nor’izah Ahmad, Rabeatul Husna Abdull Rahman, Sharina Osman, Ummi Naiemah Saraih

Keyword
  • Asnaf, Cabaran, Keberkesanan, MAIPs, Program Peningkatan Ekonomi

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan dan cabaran pelaksanaan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf di bawah inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dari perspektif penerima bantuan. Program ini memainkan peranan penting dalam memperkasa golongan asnaf melalui bantuan kewangan dan sokongan ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Namun, pelaksanaan program ini pastinya tidak terlepas dari cabaran-cabaran tertentu yang mempengaruhi keberkesanannya. Kajian ini mengkaji sejauh mana bantuan mencukupi untuk memulakan perniagaan, keberkesanan (impak) program terhadap peningkatan ekonomi, cabaran yang dihadapi dalam mencapai objektif, perubahan ekonomi selepas bantuan, serta cadangan penambahbaikan dari perspektif penerima. Kajian kualitatif ini melibatkan dua belas penerima bantuan yang dipilih secara purposive sampling. Data dikumpulkan melalui temubual semi-struktur yang membolehkan penerima berkongsi pengalaman mereka secara mendalam. Dapatan menunjukkan bahawa bantuan memberi impak positif terhadap peningkatan pendapatan dan kestabilan kewangan. Walaupun ada cabaran seperti kenaikan kos dan persaingan, bantuan ini membantu asnaf memperkukuh perniagaan. Penerima bantuan mencadangkan penambahbaikan dalam bentuk kursus pengurusan perniagaan, pemantauan lebih kerap, serta peningkatan jumlah bantuan untuk kejayaan jangka panjang. Kajian ini penting kerana ia memberikan pandangan komprehensif mengenai keberkesanan dan cabaran program MAIPs serta cadangan penambahbaikan yang boleh mempengaruhi peningkatan taraf ekonomi asnaf pada masa depan.

Reference
  • No Data Recorded