Implikasi ketagihan media sosial terhadap kesihatan mental remaja semasa pandemik covid-19
List of Authors
  • Abdul Rashid Abdul Aziz

Keyword
  • Ketagihan Media Sosial, Remaja, Kesihatan Mental, COVID-19

Abstract
  • Wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah mengubah cara hidup kebanyakan individu. Situasi terkini juga menunjukkan peningkatan trend masalah kesihatan mental yang membawa kepada tindakan bunuh diri. Rentetan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 juga, jumlah pelayar media sosial melalui rangkaian internet dilihat semakin meningkat dan majoriti daripada mereka adalah dalam kalangan remaja. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat implikasi media sosial terhadap aspek kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan literatur sistematik. Sebanyak 62 artikel daripada 170 artikel dalam pengkalan data Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct dari tempoh 2015-2021 telah terpilih. Artikel pilihan kemudian dianalisis dan dikategorikan mengikut skop kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih, mengenai isu ketagihan media sosial dan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai implikasi dari penggunaan media sosial terhadap remaja. Antaranya adalah tingkah laku langsang, buli siber, pornografi, berita palsu dan hasutan serta penipuan dalam talian. Selain itu juga, penggunaan media sosial turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, panik, takut, stress dan kebimbangan. Oleh itu, kajian ini dilihat amatlah signifikan terutamanya kepada ibu bapa dan juga badan-badan terlibat serta masyarakat dalam mengatur strategi-strategi terpilih bagi berhadapan dengan implikasi negatif ketagihan media. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan gaya keibubapaan yang sesuai, manakala badan-badan terbabit seperti para pendidik, kaunselor dan masyarakat perlu memperkembangan pengetahuan moral remaja secara berterusan selain daripada memperkasakan peranan masing-masing.

Reference
  • 1. Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Sukor & Nor Hamizah Razak. (2020). Wabak COVID-19:
    2. Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research, 2 (4), 156-174.
    3. Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al-Haadi Shafie, Zuraini Ali & Noor Dahiah Sulhana. (2020).
    4. Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 31 - 44. https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.593
    5. Abdul Rashid Abdul Aziz. (2020Tip Bahagia Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Semasa Wabak COVID-19. Dalam Mohamad Isa Amat & Ahmad Jazimin Jusoh. Kompilasi Artikel Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Menangani Impak COVID-19 (Eds), 56-67. Kajang: Perkama International.
    6. Adam D. I. Kramer, Jamie E. Guillory, Jeffrey T. Hancock. (2014). Emotional contagion through social networks. Proceedings of the National Academy of Sciences Jun 2014, 111 (24) 8788-8790; DOI: 10.1073/pnas.1320040111
    7. American Psychological Association. (2020). Stress in America: A National Mental Health Crisis. Capaian pada 12 Oktober 2020 di https://www.apa.org/news/press/releases/stress/2020/sia-mental-health-crisis.pdf
    8. Amina Haji Noor. (2009). Kesihatan Mental: Cara Mengenali & Menanganinya. Batu Caves, Selangor: Ar-Risalah Production Sdn Bhd.
    9. Arksey, H. & O'Malley, L. (2005). Scoping studies: Towards a methodological framework. International Journal of Social Research Methodology, 8 (1), 19–32.
    10. Bandura, A. (1973). Aggression: A social learning analysis. Prentice-Hall.
    11. Berg, B.L. (2001) Qualitative Research, Message for the Social Sciences. 4th Edition. Boston: Allin and Bacon, 15-35.
    12. Burke, M., & Kraut, R. E. (2016). The relationship between Facebook use and well-being depends oncommunication type and tie strength. Journal of computer-mediated communication, 21 (4), 265-281.
    13. Che Hasniza Che Noh. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia.
    14. Chiara, C., Gaia, C. S., Caterina, G., Alessandro, D., Stefano, F. C., Tomaso, V. (2020). Covid- 19 Outbreak in Italy: Are We Ready for the Psychosocial and Economic Crisis? Baseline Findings from the Longitudinal PsyCovid Study. PSYCOVID Study Journal. Department of Brain and Behavioural Sciences, University of Pavia.
    15. Dasar Kesihatan Mental Negara (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 23 Oktober 2020 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/
    16. De Hoog, N., Stroebe, W., & de Wit, J. B. (2008). The processing of fear‐arousing communications: How biased processing leads to persuasion. Social Influence, 3 (2), 84-113.
    17. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM–5). Capaian pada 25 Februari 2021 daripada https://www.psychiatry.org/psychiatrists/practice/dsm Emanuel, E. J., Persad, G., Upshur, R., Thome, B., Parker, M., Glickman, A., Zhang, C., Boyle, C., Smith, M., y Phillips, J. P. (2020). Fair Allocation of Scarce Medical Resources in the Time of COVID-19. New England Journal of Medicine.
    18. Emily A Holmes, V Hugh Perry, Irene Tracey, Simon Wessely, Louise Arseneault, et al. (2020).
    19. Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental health science. The lancet psychiatry.
    20. Fariza Md Sham. (2017). remaja dan Isu Perpaduan. ICIP, Capaian pada 1 April 2021 daripada https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/1.Manuskrip-ICIP.Dr-Fariza.pdf
    21. Firdaus Abdul Ghani. (2020, Mac 14). Impak psikologi akibat wabak COVID-19. Astro Awani. Dicapai pada 20 Julai 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-wabak-covid19-233648
    22. Gonzales, A. L., & Hancock, J. T. (2011). Mirror, mirror on my Facebook wall: Effects of exposure to Facebook on self-esteem. Cyberpsychology, behavior, and social networking, 14 (1-2), 79-83.
    23. Goyal, K., Chauhan, P., Chhikara, K., Gupta, P., & Singh, M. P. (2020). Fear of COVID 2019: First suicidal case in India. Asian Journal of Psychiatry, 49, e101989.
    24. Higgins, J. P. T., & Green, S. (2011). Cochrane handbook for systematic reviews of interventions version 5.1.0. Capaian pada 1 April 2021 daripada www.cochrane-handbook.or.
    25. Hoare E, Millar L, Fuller-Tyszkiewicz M, Skouteris H, Nichols M, Malakellis M, Swinburn B & Allender S. (2016). Depressive symptomatology, weight status and obesogenic risk among Australian adolescents: a prospective cohort study. BMJ open, 6, 3.
    26. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2017). Buli Siber Dalam Kalangan Belia Malaysia. Capaian pada 1 April 2021 daripada https://www.ippbm.gov.my/jdownloads/Infografik%20penyelidikan/Buli%20Siber%20Dalam%20Kalangan%20Belia%20Malaysia.pdf
    27. Ito, M & Okabe, D. (2004). Mobile Phones, Japanese Youth, and the Replacement of Social Contact.
    28. Jamiah Manap, Mohd Rezal Hamzah, Aizan Sofia Amin, Nurul Nabila Mohd Izani, Fazilah Idris, Salasiah Hanin Hamjah, Noordeyana Tambi, Arena Che Kasim, Norul Huda Sarnon, Salina Nen & Nor Jana Saim (2016). Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap remaja remaja. International Conference on Social and Economic Development (ICSED) 2016, 1-3 November 2016, Universiti Malaysia Terengganu.
    29. Jelenchick, L. A., Eickhoff, J. C., & Moreno, M. A. (2013). “Facebook depression?” Social networking site use and depression in older adolescents. Journal of Adolescent Health, 52 (1), 128-130.
    30. Jianyin Q., Bin S., Min Z., Zhen W., Bin X., Yifeng X. (2020). A nationwide survey of psychological distress among Chinese people in the COVID-19 epidemic: implications and policy recmmendations. General Psychiatry, 33 (2).
    31. Katz, E., Blumler, J. G., & Gurevitch, M. (1973). Uses and gratifications research. Public Opinion Quarterly, 37(4), 509–523. https://doi.org/10.1086/268109
    32. Krasnova, H., Abramova, O., Notter, I., & Baumann, A. (2016). Why phubbing is toxic for your relationship: Understanding the role of smartphone jealousy among “Generation Y” users.
    33. Research Papers. 109. Capaian pada 1 Februari 2020 daripada https://pdfs.semanticscholar.org/5c39/610f9ee13c101768b06169153d580605d7ec.pdf
    34. Laporan Kementerian Dalam Negeri. (2020). Dicapai pada 2 Disember 2020 daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/
    35. Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2019). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 12 Oktober 2020 daripada http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Fact_Sheet_NHMS_2019-BM.pdf
    36. Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia (2018). Kementerian Kesihatan Malaysia. Kuala Lumpur.
    37. LeDoux, J. (2012). Rethinking the Emotional Brain. Neuron 73, 653–676.
    38. Mamun, M.A. & Griffiths, M.D. (2020). First COVID-19 suicide case Bangladesh due to fear of COVID-19 and Xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian Journal of Psychiatry, 51, 102073. Doi: 10.1016/j.ajp.2020.102073
    39. Mohd Yusof Abdullah (2004). Adoption of cellular phone among young adults: A study among youths in the Klang Valley, Malaysia. Paper presented at the The Mobile Communication and Social Change.
    40. Mobbs, D., Hagan, C. C., Dalgleish, T., Silston, B. & Prévost, C. (2015). The ecology of human fear: survival optimization and the nervous system. Front. Neuroscience. 9, 55.
    41. National Health and Morbidity Survey (NHMS). (2017). Key Findings from the Adolescent Health and Nutrition Surveys Infographic Booklet April 2018. Capaian pada 12 April 2021 daripada http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2017/
    42. Nidal, M (2020). Psychiatrists Beware! The Impact of COVID-19 and Pandemics on Mental Health. Psychiatric Time, e-Newsletter. 3 (37). Capaian pada 5 April 2020 daripada https://www.psychiatrictimes.com/psychiatrists-beware-impact-coronavirus-pandemics-mental-health
    43. Noor Fazilah Noor Din & Hishamudin Isam. (2019). Tema Perbualan remaja Malaysia dalam Facebook. Jurnal Pengajian Melayu / Journal of Malay Studies (JOMAS), 30 (1), 137-166. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21228
    44. Norhafzan Jaafar. (2018). remaja kian terdedah penyakit mental. BH Online. Dicapai pada 11 Disember 2020 dari https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/10/484554/remaja-kian-terdedah-penyakit-mental
    45. Nur Arifah Idris. (2017). remaja dan Ketagihan Internet. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 10 Oktober daripada http://www.myhealth.gov.my/remaja-dan-ketagihan-internet/
    46. Panger, G. T. (2017). Emotion in Social Media. UC Berkeley. Capaian pada 12 April 2021 daripada https://escholarship.org/uc/item/1h97773d
    47. Patton, M. Q. (2002). Two Decades of Developments in Qualitative Inquiry: A Personal, Experiential Perspective. Qualitative Social Work, 1(3), 261–283. https://doi.org/10.1177/1473325002001003636
    48. Rafeaton Md. Al. (19 Nov 2019). Buli siber perlu ditangani segera. Bernama. Dicapai pada 10 Disember 2020 daripada https://www.kkmm.gov.my/index.php/en/public/latest news/16089-bernama-19-nov-2019-buli-siber-perlu-ditangani-segera
    49. Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, & Nasrudin Subhi. (2019). Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan remaja B40 Di Sekitar Lembah Klang. JurnalKomunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35 (4), 101-118. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3504-07
    50. Supyan Hussin. (2017). Wacana Kontemporari Melayu 2017. Capaian pada 1 April 2021 daripada https://supyanhussin.files.wordpress.com
    51. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2019). MCMC Tangkas Menangani Penyalahgunaan Media Sosial yang Menggugat Keharmonian antara Kaum aan Agama. Capaian pada 10 Oktober 2020 daripada https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/mcmc-displays-agility-in-addressing-social-media-a
    52. Tapscott, D. (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World. London: The McGraw-Hill.
    53. Tivya Mariappan. (2015). 55 per cent of Malaysia's remaja addicted to gadgets. Astro Awani.Online. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/55-per-cent-of-malaysias-gen-z-addicted-to-gadgets-57746
    54. Valenzuela, S., Park, N., & Kee, K. F. (2009). Is there social capital in a social network site?: Facebook use and college students' life satisfaction, trust, and participation. Journal of computer-mediated ommunication, 14 (4), 875-901.
    55. Verduyn, P., Ybarra, O., Résibois, M., Jonides, J., & Kross, E. (2017). Do social network sites enhance or undermine subjective well‐being? A critical review. Social Issues and Policy Review, 11 (1), 274-302.
    56. Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., y Ho, R. C. (2020). Immediate Psychological Responses and Associated Factors during the Initial Stage of the 2019 Coronavirus Disease (COVID-19) Epidemic among the General Population in China. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17 (5).
    57. Witte, K., & Allen, M. (2000). A Meta-Analysis of Fear Appeals: Implications for Effective Public Health Campaigns. Health Education & Behavior, 27 (5), 591-615.
    58. World Health Organization. (2020). COVID-19 in Malaysia. World Health Organization. Dicapai pada 2 Oktober 2020 dari https://www.who.int/malaysia/emergencies/covid-19-in-malaysia
    59. Young, N. L., Kuss, D. J., Griffiths, M. D., & Howard, C. J. (2017). Passive Facebook use, Facebook addiction, and associations with escapism: An experimental vignette study. Computers in Human Behavior, 71, 24-31.
    60. Zahiruddin Mustapha. (2001). Media massa dan perkembangan identiti remaja. Majalah Wanita, 31: 22 – 23.