Keberkesanan Kahoot Terhadap Pencapaian Murid Sekolah Rendah dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Melayu
List of Authors
  • Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran kosa kata bahasa Melayu amat penting supaya seseorang murid itu berketerampilan berbahasa dalam kehidupan harian. Pembelajaran bahasa juga lebih menarik dengan penggunaan alat permainan digital sebagai alat pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Kahoot terhadap pencapaian murid sekolah rendah dalam menguasai pembelajaran kosa kata bahasa Melayu. Kajian kuasi eksperimen ini telah dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah luar bandar Miri dan seramai 62 orang murid dijadikan sampel kajian. Seramai 30 orang murid kumpulan kawalan didedahkan kaedah konvensional sementara 32 orang murid kumpulan eksperimen menjalani pembelajaran melalui aplikasi Kahoot. Data ujian awal dan ujian akhir dianalisis dengan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor ujian awal dan ujian akhir antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor ujian akhir antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan nilai t(60)= -2.475, p<0.05. Justeru, guru-guru digalakkan menggunakan Kahoot sebagai alat pengajaran alternatif dalam membantu murid menguasai pembelajaran kosa kata bahasa Melayu untuk memperoleh pencapaian yang memuaskan.


Reference
  • No Data Recorded