Impak pandemik covid-19 terhadap golongan b40
List of Authors
  • Mohamad Murtadha Said , Muhammad Hassan Din Mohd Tarip

Keyword
  • Impak pandemik COVID-19, golongan B40, sosio-ekonomi, bantuan kerajaan, Perintah Kawalan Pergerakan.

Abstract
  • Kajian ini membincangkan impak pandemik COVID-19 ke atas golongan B40 di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak pandemik ke atas aspek sosio-ekonomi golongan B40, jenis bantuan kerajaan yang diterima, serta impak bantuan tersebut terhadap golongan B40 dalam menghadapi saat getir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia pada tahun 2020. Kajian ini melibatkan 141 responden yang terdiri daripada golongan B40 di daerah Johor Bahru. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keadaan sosio-ekonomi golongan B40 amat terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19. Antara dapatan kajian yang penting untuk dikemukakan ialah bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) memberi impak positif demi kelangsungan hidup golongan B40 di era yang mencabar ini. Kajian ini dapat memberi implikasi yang bermanfaat buat pihak berwajib dalam menimbangtara keberkesanan bantuan yang disalurkan. Selain itu, penambahbaikan boleh dijana hasil daripada dapatan kajian agar kelestarian sumber manusia di Malaysia dapat dikekalkan.

Reference
  • 1. Bank Negara Malaysia. (2020). Laporan Tahunan 2019. https://www.bnm.gov.my/ar2019/files/ar2019_bm_full.pdf. Tarikh akses: 8/9/2020.
    2. Department of Statistics Malaysia. (2020). Report of Special Survey on Effect of Covid-19 on Economy and Individual (Round 1). https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=d3pnMXZ4ZHJjUnpnYjNyUnJhek83dz09. Tarikh akses: 9/9/2020.
    3. Hawati Abdul Hamid. (2020). Kuala Lumpur http://www.krinstitute.org
    4. International Labour Organization. (2020). Ilo Monitor 2nd Edition: Covid-19 and the World of Work. https://www.ilo.org/wcmsp5/groups/public/---dgreports/---dcomm/documents/brie fingnote/wcms_740877.pdf. Tarikh akses: 8/9/2020.
    5. Institute For Youth Research Malaysia. (2020). Covid-19: 3 Daripada 5 Hilang Pekerjaan Berusia Bawah 40. http://iyres.gov.my/index.php/en/berita-terkini/1804-covid-19-3-daripada-5-hilang-pekerjaan-berusia-bawah-40. Tarikh akses: 1/10/2020.
    6. Institute For Youth Research Malaysia. (2020). Majoriti Belia Setuju Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Mampu Tingkatkan Ekonomi. https://iyres.gov.my/index.php/berita-terkini/1790-majoriti-belia-setuju-pakej-rangsangan-ekonomi-negara-mampu-tingkatkan-ekonomi. Tarikh akses: 1/10/2020.
    7. Ismail, M. H. (n.d.). Golongan B40 terima impak besar akibat Covid-19. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=112233. Tarikh akses: 1/10/2020.
    8. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Laporan Survei Khas Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1). https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/covid-19/Analisis_Survei_Khas_Kesan_COVID-19_Kepada_Ekonomi_dan_Individu-Laporan_Penuh.pdf. Tarikh akses: 1/10/2020.
    9. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=cE13dXFSRFVQL2IrTUhJNE5vRXRXZz09. Tarikh akses: 28/9/2020.
    10. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. (2020). Pematuhan Terhadap Perintah di Bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2020/se15042020.pdf. Tarikh akses: 25/9/2020.
    11. Mokhtar, L. (2020). Kenapa kerajaan perlu bantu B40? https://www.sinarharian.com.my/article/ 77057/KHAS/Koronavirus/Kenapa-kerajaan-perlu-bantu-B40. Tarikh akses: 1/10/2020.
    12. Norshahzura Mat Zuki. (2020). Impak Covid-19 Terhadap Produktiviti Negara. https://www.bisnessinar.com/berita/mpc-dedah-hasil-kajian-impak-covid-19-terhadap-produktiviti-negara/. Tarikh akses: 28/9/2020.
    13. Prime Minister Office. (2019). Budget 2020. https://www1.treasury.gov.my. Tarikh akses: 25/9/2020.
    14. Prime Minister Office. (2020). “Prihatin Rakyat Economic Stimulus Pakcage (Prihatin) Speech Text. https://www.pmo.gov.my/2020/03/speech-text-prihatin-esp/. Tarikh akses: 28/9/2020.
    15. World Health Organization. (2020). WHO Director-Generals opening remarks at the mission briefing on COVID-19 - 12 March 2020. https://www.who.int/director-general/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-mission-briefing-on-covid-19---12-march-2020. Tarikh akses: 28/9/2020.