Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
List of Authors
  • Afdal Shyarmeezan Sapawi, Zamri Mahamod

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji impak perubahan jadual waktu terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dari aspek pengetahuan serta pelaksanaan sesi PdP Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di Bahagian Sarikei, Sarawak dengan penglibatan seramai 100 orang responden iaitu melibatkan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah sahaja. Semua responden di bahagian tersebut yang telah dipilih menggunakan kaedah rawak bertujuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai pendekatan utama. Data ini dianalisis secara deskriftif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan dapat melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi garis panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), warga pendidik, dan pengkaji lain untuk membuat kajian lanjutan. Tuntasnya, perubahan jadual waktu bahasa Melayu tidak memberikan kesan yang negatif terhadap pengetahuan dan pelaksanaan PdP bahasa Melayu di sekolah rendah Bahagian Sarikei.


Reference
  • No Data Recorded