Sokongan Persekitaran Sosial Terhadap Pemupukan Kemahiran Abad Ke-21 Ke Arah Kerjaya Digital Dalam Kalangan Pelajar Universiti
List of Authors
  • Mohd Mahzan Awang, Siti Nurul Aqilah Ahmad Zamri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh tahap sokongan persekitaran sosial terhadap pemupukan kemahiran abad ke-21 serta mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan bagi tahap sokongan persekitaran sosial dan pemupukan kemahiran abad ke-21 dengan jantina dan bidang pengajian pelajar universiti. Bukan itu sahaja, penelitian mengenai hubungan diantara sokongan persekitaran sosial terhadap pemupukan kemahiran abad ke-21 juga dijalankan. Pembangunan item soal selidik bagi kajian ini diubahsuai daripada kajian lepas. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dibahagikan kepada enam zon kawasan meliputi zon utara, selatan, pantai barat, pantai timur, Sabah dan Sarawak. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 dengan memfokuskan kepada analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) manakala analisis inferensi menggunakan MANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan persekitaran sosial dan tahap pemupukan kemahiran abad ke-21 secara keseluruhanya berada pada tahap tinggi. Hasil analiais daripada ujian MANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek-aspek sokongan persekitaran sosial dan pemupukan kemahiran abad ke-21 terhadap jantina dan bidang pengajian pelajar. Bagi aspek hubungan diantara sokongan persekitaran sosial dengan pemupukan kemahiran abad ke-21 menunjukkan terdapat hubungan yang amat kuat. Ini menunjukkan bahawa sokongan persekitaran sosial pelajar memberi impak yang besar dalam proses pembentukan kemahiran abad ke-21 pelajar universiti. Oleh itu, galakkan perlu diberikan kepada para pelajar bagi menyertai aktiviti dan program yang bukan berbentuk akademik di institusi pengajian mahupun di kejiranan pelajar memastikan pelajar itu seimbang dari sudut akademik dan juga pembentukan kemahiran abad ke-21. Hal ini kerana kemahiran abad ke-21 amat penting bagi pelajar universiti kerana saing pasaran pekerjaan dalam indsutri global adalah lebih mencabar.

     

     


Reference
  • No Data Recorded