Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon: Analisis Tekanan Institusi, Legitimasi dan Pelaporan Karbon Korporat
List of Authors
  • Say Keat Ooi

Keyword
  • Pelaporan karbon, tekanan institusi, legitimasi, prestasi kewangan korporat, ekonomi rendah karbon

Abstract
  • Perubahan iklim semakin diiktiraf sebagai cabaran global yang memberi kesan kepada triple bottom line iaitu sosial, alam sekitar dan ekonomi, sekali gus menuntut peralihan ke arah ekonomi rendah karbon. Dalam konteks ini, pelaporan karbon korporat muncul sebagai mekanisme penting untuk meningkatkan ketelusan dan memenuhi keperluan pihak berkepentingan. Namun, tahap pelaporan karbon berbeza antara firma meskipun tertakluk kepada tekanan institusi yang serupa. Berasaskan integrasi teori institusi dan teori legitimasi, kajian ini meneliti faktor yang mempengaruhi pelaporan karbon korporat serta hubungannya dengan prestasi kewangan. Dapatan empirikal menunjukkan bahawa pemilikan kerajaan, pemilikan asing, keahlian industri sensitif iklim, dan keahlian rangkaian perniagaan lestari merupakan pendorong signifikan pelaporan karbon. Selain itu, pelaporan karbon didapati berkait positif dengan prestasi kewangan, menegaskan bahawa strategi hijau bukan sahaja memperkukuh legitimasi sosial, tetapi juga memberikan pulangan ekonomi. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang peranan tekanan institusi dan legitimasi dalam mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon, di samping menawarkan implikasi teori, praktikal, dan hala tuju penyelidikan masa hadapan.

Reference
  • No Data Recorded