Pilihan raya kecil Slim 2020 di Perak, Malaysia: Prestasi Perikatan Nasional
List of Authors
  • Ariff Aizuddin Azlan , Mazlan Che Soh , Nur Adilah Shahirah Shafie

Keyword
  • Pilihan Raya Kecil, Slim, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Pejuang Tanah Air

Abstract
  • Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di peringkat negeri Perak yang diadakan pada 29 Ogos 2020. PRK Slim menyaksikan pergelutan kerusi DUN tiga penjuru antara gabungan parti kerajaan, Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta sebuah blok bebas. Dalam PRK ini, calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili PN telah memenangi dan mengekalkan kerusi tradisi DUN Slim dengan mengalahkan parti PEJUANG, sebuah parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri ketujuh Malaysia, Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, artikel ini menjelaskan secara terperinci akan fenomena politik yang berlaku di dalam PRK DUN Slim, Perak, merangkumi prestasi gabungan parti PN yang terbentuk pada awal Mac 2020 berikutan tercetusnya “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah mentadbir negara selama 22 bulan. Selain itu, artikel ini juga menerangkan isu serta strategi parti-parti bertanding, termasuk faktor-faktor yang menjadi pemangkin ke atas kemenangan PN di Slim dan di antaranya adalah seperti kredibiliti calon, penglibatan serta sokongan parti gabungan, isu integriti, strategi kempen serta faktor politik perkauman. Artikel ini memberikan gambaran akan perubahan landskap politik negara yang telah memberikan satu perspektif baharu terhadap struktur keutuhan sistem politik di Malaysia setelah dilanda arus globalisasi, sekaligus merancakkan lagi perkembangan alur ilmu politik, percambahan pandangan serta buah fikiran terhadap dinamik politik negara.

Reference
  • 1. Alyaa Alhadjri. (2020). Azmin, sekutu sertai Bersatu secara rasmi. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539634. (Diakses 1 Oktober 2020).
    2. Alyaa Alhadjri. (2020). Bersatu usul tubuh sayap baru untuk ahli bukan Melayu. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539637. (Diakses 1 Oktober 2020).
    3. Astro Awani. (2020). Dr Mahathir hanya berkerjasama dengan Amanah dan DAP, tidak lagi dengan PKR. Astro Awani. .https://www.astroawani.com/berita-politik/dr-mahathir-hanya-berkerjasama-dengan-amanah-dan-dap-tidak-lagi-dengan-pkr-248399. (Diakses 1 Oktober 2020).
    4. B. Nantha Kumar. (2020). Bersatu ‘Blackout’ akan tanding PRK Slim. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/535939. (Diakses 1 Oktober 2020).
    5. B. Nantha Kumar. (2020). Calon BN: Isu banjir fokus utama saya. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538973. (Diakses 1 Oktober 2020).
    6. B. Nantha Kumar. (2020). Fatwa undi UMNO: Takiyuddin kelirukan ahli PAS, kata Nizar. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539997. (Diakses 1 Oktober 2020).
    7. B. Nantha Kumar. (2020). Kerajaan hari ini paling kelam-kabut, kata Mat Sabu. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540395. (Diakses 1 Oktober 2020).
    8. B. Nantha Kumar. (2020). Nizar: Tak mustahil PN tumbang di Perak jika calon Pejuang menang PRK Slim. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540035. (Diaksesm1 Oktober 2020).
    9. B. Nantha Kumar. (2020). Penduduk Trolak Pekan harap isu banjir 52 tahun selesai PRK kali ini. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538888. (Diakses 1 Oktober 2020).
    10. B. Nantha Kumar. (2020). PRK Slim: Dr M umum peguam syarie Amir Khusyairi sebagai calon. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538406. (Diakses 1 Oktober 2020).
    11. B. Nantha Kumar. (2020). PRK Slim: Pemuda MIC yakin pengundi India akan bersama PN. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/535300. (Diakses 1 Oktober 2020).
    12. B. Nantha Kumar. (2020). PRK Slim: Saarani ‘kempen’ di sekolah?. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538939. (Diakses 1 Oktober 2020).
    13. B. Nantha Kumar. (2020). Tak payah mimpi ahli PAS sokong calon Pejuang – PAS. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540404. (Diakses 1 Oktober 2020)
    14. Bernama. (2020). Perang poster, bendera kurang menyengat di PRK Slim. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539583. (Diakses 1 Oktober 2020).
    15. Bernama. (2020). PRK Slim: PN pastikan tiada pertembungan sesama sendiri. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/535992. (Diakses 1 Oktober 2020).
    16. Faisal Asyraf. (2020). Amanah: Ahli veteran PAS akan tolak Umno, sokong Amir. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540194. (Diakses 1 Oktober 2020).
    17. Faisal Asyraf. (2020). Kempen di masjid: PAS parti degil, tidak ikut arahan – Asmuni. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540193. (Diakses 1 Oktober 2020).
    18. Faisal Asyraf. (2020). Pemuda Bersatu kena 'boo' di acara Pemuda BN. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538766. (Diakses 1 Oktober 2020).
    19. Hariz Mohd. (2020). Kem Mahathir mahu bincang dulu dengan PH. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/534908. (Diakses 1 Oktober 2020).
    20. Haspaizi Zain. (2020). Redzuan akui Pejuang akan beri kesan pada Bersatu. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539111. (Diakses 1 Oktober 2020).
    21. Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd. (2020). Hakim benarkan penangguhan, ikat jamin Najib dinaikkan RM1 juta. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/536349. (Diakses 1 Oktober 2020).
    22. Junaidi Awang Besar, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali & Ahmad Rizal Mohd Yusof (2014). Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu analisis ‘tsunami politik bandar’. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10, 28-38.
    23. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain (2011) Kajian Budaya Politik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu. (8)2011: 153-172.
    24. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon. (2012). Pengaruh Populariti Calon, Sentimen Nasional dan Politik Pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space 8(8), 23-34.
    25. Junaidi Awang Besar. (2018). Pengaruh Identifikasi Parti dan Politik Pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 2016. Journal of Administrative Science. Special Edition: ICOPS, JAS, 15(3).
    26. Junaidi Awang Besar. (2019). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 220-232.
    27. Khairunnisa Kasnoon. (2020). Bayi perempuan berusia setahun antara korban terbaharu COVID-19. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bayi-perempuan-berusia-setahun-antara-korban-terbaharu-covid19-262438. (Diakses 1 Oktober 2020)
    28. Malaysiakini. (2020). Anak tempatan kelebihan calon BN – Hisham. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/538876. (Diakses 1 Oktober 2020).
    29. Malaysiakini. (2020). Hadi saji cerita ‘dua kepala lutut yang dipukul’ semasa PRU14. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/539840. (Diakses 1 Oktober 2020).
    30. Malaysiakini. (2020). Kajian: PH tak bantu Pejuang secukupnya, Bersatu pula terpinggir. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540465. (Diakses 1 Oktober 2020)
    31. Malaysiakini. (2020). Ku Li gesa menteri UMNO keluar dari cabinet. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540491. (Diakses 1 Oktober 2020).
    32. Malaysiakini. (2020). Orang PAS ‘buat kerja’ di masjid untuk menangkan BN, kata penceramah. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540125. (Diakses 1 Oktober 2020).
    33. Malaysiakini. (2020). Pejuang akan kalah teruk tapi berjaya manfaatkan kempen – Tinjauan. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540461. (Diakses 1 Oktober 2020).
    34. Mohd Hafiz Ismail. (2020). Najib sindir alasan PKR Perak tidak bertanding kerusi DUN Slim. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/94103/BERITA/Politik/Najib-sindir-alasan-PKR-Perak-tidak-bertanding-kerusi-DUN-Slim. (Diakses 1 Oktober 2020).
    35. Mohd Nasarudin Parzi. (2020). BN kekal penguasaan DUN Chini. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707411/bn-kekal-penguasaan-dun-chini. (Diakses 1 Oktober 2020).
    36. Muhamad Hazim Abdul Ghani, Junaidi Awang Besar & Mohd Fuat Mat Jali. (2016). Isu dasar kerajaan dalam politik pengundi pasca Pilihan Raya: Kajian kes DUN Teratai, Pandan, Selangor Darul Ehsan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(4): 34-45.
    37. Nazura Ngah. (2019). Piagam Muafakat Nasional UMNO, PAS dimeterai. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/606917/piagam-muafakat-nasional-umno-pas-dimeterai. (Diakses 1 Oktober 2020).
    38. Nigel Aw & Zikri Kamarulzaman. (2020). Langkah Sheraton' bawa Malaysia ke jalan buntu: Apa seterusnya? Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/512353. (Diakses 1 Oktober 2020).
    39. Portal Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia https://keputusan.spr.gov.my/. (Diakses 1 Oktober 2020).
    40. Rosman Shamsudin & Noor Hidayah Tanzizi. (2020). PRK Slim: 5 setiausaha agung parti berkongsi pentas. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/723792/prk-slim-5-setiausaha-agung-parti-berkongsi-pentas. (Diakses 1 Oktober 2020).
    41. Saifullah Ahmad. (2020). Calon Bebas yakin peroleh undi India, orang asli. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/97081/Pilihan-Raya/PRK-Dun-Slim/Calon-Bebas-yakin-peroleh-undi-India-orang-asli. (Diakses 1 Oktober 2020).
    42. Saifullah Ahmad. (2020). PKR tak jadi letak calon di DUN Slim. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/94031/BERITA/Politik/PKR-tak-jadi-letak-calon-di-DUN-Slim. (Diakses 1 Oktober 2020).
    43. Saifullah Ahmad. (2020). PRK DUN Slim: MCA yakin sokongan pengundi Cina 50 peratus. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/98363/Pilihan-Raya/PRK-Dun-Slim/PRK-DUN-Slim-MCA-yakin-sokongan-pengundi-Cina-50-peratus. (Diakses 1 Oktober 2020).
    44. Sayed Hesham Idris. (2020). Calon Bebas kalah pemilihan Bersatu Teluk Intan. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/calon-bebas-kalah-pemilihan bersatu-teluk-intan/. (Diakses 1 Oktober 2020).
    45. Shakira Buang. (2020). PAS Perak tak tahu orang parti ingkar titah sultan. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/540299. (Diakses 1 Oktober 2020).
    46. Suresh Kumar N Vellymalay. (2019). Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands: Kemenangan BN atau Kekalahan PH?. E-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities. 16(5): 1-14.
    47. Szmolka, I. (2015). Inter-and intra-party relations in the formation of the Benkirane coalition governments in Morocco. The Journal of North African Studies 20(4): 654-674.
    48. Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. (2020). '70 peratus ahli Bersatu keluar parti sertai Pejuang'. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/99484/BERITA/Politik/70-peratus-ahli-Bersatu-keluar-parti-sertai-Pejuang. (Diakses 1 Oktober 2020).
    49. Zahratulhayat Mat Arif. (2020). Slim by-election: Dr M says Umno 'can no longer be fixed' in show-stopping speech. New Straits Times. https://www.nst.com.my/news/politics/2020/08/620078/slim-election-dr-m-says-umno-can-no-longer-be-fixed-show-stopping. (Diakses 1 Oktober 2020).