Persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap ungkapan astaga
List of Authors
  • Asiah Abas , Noor Fadilah Dawi

Keyword
  • astaga, astaghfirullah, Islam, Bahasa Melayu Sabah (BMS), Sabah

Abstract
  • Penduduk Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dengan latar belakang dan kebudayaan yang berbeza mendorong mereka untuk pinjam-meminjam bahasa daripada etnik lain sebagai tanda perpaduan bangsa. Pinjaman bahasa ini tidak terbatas dalam satu etnik tetapi merentas kepercayaan beragama. Perkataan astaga merupakan salah satu contoh penggunaan istilah yang digunakan pelbagai etnik di Sabah tanpa mengira agama Islam ataupun bukan Islam. Ungkapan tersebut dianggap terbit daripada singkatan astaghfirullah, iaitu satu frasa yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud memohon keampunan daripada Allah. Timbul persepsi dalam kalangan masyarakat Islam bahawa penggunaan astaga akan menjejaskan akidah kerana frasa astaghfirullah atau istighfar yang tidak lengkap akan menjejaskan maksud sebenar ungkapan tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan persepsi dan pemikiran masyarakat Islam di Sabah tentang penggunaan astaga dalam ungkapan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam bentuk peratusan untuk tujuan penganalisisan data, manakala borang soal selidik digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih berdasarkan dua ciri utama iaitu berusia dalam lingkungan 20 tahun sehingga 29 tahun. Dapatan kajian mendapati bahawa ungkapan astaga bukan berasal daripada bahasa Arab yang diringkaskan sehingga dikatakan menjejaskan akidah, tetapi merujuk kepada ungkapan Bahasa Melayu Sabah (BMS) yang digunakan dalam perbualan seharian dengan fungsi yang tertentu

Reference
  • 1. Abdul Rahman Chik dan Abdul Halim Salleh. (2012). Kamus al-Wazifi Tema Fungsi Bahasa. Arab-Melayu-Inggeris. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
    2. Ahmad Ariflin Sapar, Nazirah Radin Salim, Ahmad Fikri Hj. Husin & Mat Taib Pa. (2013). Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Kata Pinjaman Bahasa Arab berasaskan Pengetahuan Sedia Ada. The Online Journal of Islamic Education 1(1):48-59.
    3. Amat Juhari Moain & Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor. (2016). Kata-kata Pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu Perubahan Bunyi dan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Anida Sarudin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2017). Analisis Semantik Kognitif Kata Serapan Arab-Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu Abad ke 16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqaid al-Nasafi. Kualam Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Dollah, Nafi@Hanafi. (2013). Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.
    7. Mualimin Mochammad Sahid, Dedek Febrian, Baidar Mohammed Hasan dan Bashashunnahar Puasa. (2018). Ensiklopedia Kata Pinjaman Bahasa Melayu dari Bahasa Arab.
    8. Hartmann, R.R.K, Stork, F.C. (1976). Dictionary of language and linguistics. London:Applied Science Publisher.
    9. Hockett, C. (1958). A course in Modern Linguistics. New York: Macmillan.
    10. Issraq Ramli. (2004). Pengaruh unsur fonologi dialek Melayu Sabah dalam sebutan Bahasa. Masters thesis, Universiti Malaya.
    11. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Kartini Abd.Wahab. (2018). Ciri dan Fungsi Komunikatif Bahasa Melayu Sabah dalam Media Sosial. Jurnal Komunikasi 34(4):58-74. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    13. Mahat Jamal. (2014). Penjenamaan RTM: Kajian Radio RTM Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo, (1):21-34.
    14. Makmur Harun dan Muhammad Bukhari. (2015). Analisis Penggunaan Serapan Bahasa Arab dalam Bahasa Indonesia dan Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi: Satu Kajian Awal. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    15. Mohd Alwee dan Mohamad Azrien. (2010). Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu tinjauan dari Aspek Morfologi. Jurnal Usuluddin (30):305-324. Universiti Malaya.
    16. Mohd Puzhi Usop, Mohd Azrul Azlen, Marzidah Hashim, Norasmazura dan Raja Munirah. (2009). Kamus Al-Farid Arab-Arab Inggeris-Melayu. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
    17. Noor Aina Dani, Saadah Jaffar, Zuraini dan Reduan. (2011). Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah. Jurnal Melayu (8): 67-90, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    18. Noor Aina Dani dan Syeril Patrisia Kining. (2016). Impak Dialek Melayu Sabah ke atas Bahasa Ibunda Generasi Muda Etnik Kadazandusun. Jurnal International of the Malay World and Civilisation, 4(2), 45-55.
    19. Noor Azlina Zaidan, Mohd Zaki Abd Rahman dan Muhammad Azhar Zailani. (2018). Analisis Kata Serapan Bahasa Arab Berdasarkan Pembentukan Kata Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu (29) :78-101.
    20. Tengku Fauziah Ku Mat dan Hazimah Yusof. (2005). Bahasa Sukuan:Suatu Kajian Analisis Terhadap Pengaruhnya dalam Bahasa Melayu. Persidangan Antarabangsa ATMA dan IKON: The Languages and Literatures of Western Borneo: 144 Years of Recearch. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    21. Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi dan Mohd Shabri Yusof. (2011). Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu:Isu Penyerapan Kata Asing. Jurnal Melayu, (6):13-27.