Keberkesanan aplikasi Al-Quran M-pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian Hifz al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
List of Authors
  • Adura Hani Abdul Ghani , Muhammad Zuhair Zainal , Nurul Fazzuan Khalid , Siti Mastura Baharudin

Keyword
  • TMUA, pencapaian, m-pembelajaran, aplikasi Al-Quran, Hifz Al-Quran

Abstract
  • Tranformasi khususnya dalam perkembangan kurikulum tahfiz di Malaysia menjadikan perkembangan tahfiz lebih menyeluruh dan sudah pasti aspek kemenjadian dan pencapaian pelajar menjadi tunjang utama. Kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenalpasti berpunca daripada kekurangan dalam pembelajaran tahfiz iaitu, pelajar tidak mempunyai strategi, teknik dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz. Antara faktor lain adalah pengajaran guru tahfiz yang masih mengamalkan kaedah konvensional dalam pengajaran walaupun pembelajaran abad ke 21 telah diperkenalkan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan aplikasi Al-Quran untuk meningkatkan pencapaian Hifz Al-Quran di kalangan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar dalam Hifz Al-Quran dengan menggunakan aplikasi Al-Quran. Manakala, reka bentuk kajian ini adalah kaedah eksperimen kuasi kuantitatif dari dua kumpulan ujian pra dan ujian pos. Responden untuk kajian ini adalah 60 orang pelajar Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan. Penyelidikan dilakukan di dua sekolah yang melaksanakan Model Tahfiz Kurikulum Bersepadu (KBT) Ulul Albab, Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk menilai keberkesanan aplikasi al-Quran adalah ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis, uji t dan skor min. Hasil kajian ini menunjukkan nilai min skor pencapaian kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Nilai perbezaan min 12.33 menunjukkan bahawa pelajar kumpulan rawatan lebih mampu memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi Al-Quran ini sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan menggalakkan pembelajaran aktif dan dapat digunakan untuk menarik minat pelajar untuk memahami Al-Quran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, penggunaan telefon pintar dan peranti mudah alih dalam aktiviti pembelajaran dapat memberikan impak positif kepada kemajuan pelajar dalam subjek hifz Al-Quran.

Reference
  • 1. Afrianto, I., & Herdiansyah, Y. (2015). Pembangunan Aplikasi Bantu Dalam Menghafal Al-Qur’an Berbasis Mobile. Komputa : Jurnal Ilmiah Komputer Dan Informatika, 2(2). https://doi.org/10.34010/komputa.v2i2.84
    2. Cash, P., Stanković, T., & Štorga, M. (2016). Experimental design research: Approaches, perspectives, applications. Experimental Design Research: Approaches, Perspectives, Applications, June, 1–270. https://doi.org/10.1007/978-3-319-33781-4
    3. Criollo-C, S., Guerrero-Arias, A., Jaramillo-Alcázar, Á., & Luján-Mora, S. (2021). Mobile learning technologies for education: Benefits and pending issues. Applied Sciences (Switzerland), 11(9). https://doi.org/10.3390/app11094111
    4. El-Sofany, H. F., & El-Haggar, N. (2020). The effectiveness of using mobile learning techniques to improve learning outcomes in higher education. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 14(8), 4–18. https://doi.org/10.3991/IJIM.V14I08.13125
    5. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Sharini Che Ishak, Asmawati Suhid, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Norlizah Che Hassan, Lukman Abd Mutalib, & Wan Marzuki Wan Jaafar. (2020). Proses Dan Kaedah Pembelajaran Tahfiz Dalam Kalangan Murid Di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Di Malaysia (Process And Method Of Tahfiz Learning Among Students In Malaysian Government Religious Secondary Schools). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17(2), 311–340. http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/mjli2020.17.2.11
    6. García-Martínez, I., Fernández-Batanero, J. M., Sanchiz, D. C., & de la Rosa, A. L. (2019). Using mobile devices for improving learning outcomes and teachers’ professionalization. Sustainability (Switzerland), 11(24), 1–12. https://doi.org/10.3390/su11246917
    7. Huda, M. N. (2018). Budaya Menghafal Al-Quran: Motivasi dan Pengaruhnya Terhadap Religiusitas. Sukma: Jurnal Pendidikan, 2(2), 247–260. https://doi.org/10.32533/02205.2018
    8. Khairul, M., & Bin Sameri, N. (2019). Amalan Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMAN) Learning Practices among Perak State Islamic Secondary Religious Schools in Learning Tahfiz al-Quran. 7, 235–243.
    9. Khoiro, N. L., Subroto, W. T., & Jacky, M. (2019). Improving Skills of Critical Thinking of Students Through Edmodo-Helped Problem Based Learning Model for Fifth Grade Students of Elementary School. International Journal of Scientific and Research Publications (IJSRP), 9(7), p91129. https://doi.org/10.29322/ijsrp.9.07.2019.p91129
    10. Liu, Y., Han, S. and Li, H. (2010), "Understanding the factors driving m‐learning adoption: a literature review", Campus-Wide Information Systems, Vol. 27 No. 4, pp. 210-226. https://doi.org/10.1108/10650741011073761
    11. Maciejewski, M. L. (2020). Quasi-experimental design. Biostatistics and Epidemiology, 4(1), 38–47. https://doi.org/10.1080/24709360.2018.1477468
    12. Murihah, A., Abdul Hafiz, A., Arieff Salleh, R., & Mohd Faeez, I. (2015). Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah. International Conference On Islamic Education And Social Entrepreneurship 2015 (ICIESE2015), October, 1153–1157.
    13. Norhazriah Mohamed@Ismail. (2012, April). Program Ulul Albab Sebagai Suatu Proses Transformasi Pendidikan Malaysia. Kajian Kes: Sek. Men. Imtiaz, Terengganu.
    14. Paper Pembentangan dalam Bengkel Antarabangsa PembangunanBerteraskan Islam V(WAPI-5), Medan.
    15. Rabiman, R., Nurtanto, M., & Kholifah, N. (2020). Design and development E-learning system by learning management system (Lms) in vocational education. International Journal of Scientific and Technology Research, 9(1), 1059–1063.
    16. Razali, S. N., Ahmad, M. H., & Noor, H. A. M. (2020). Implications of Learning Interaction in Online Project Based Collaborative Learning. Journal of Computational and Theoretical Nanoscience, 17(2), 681–688. https://doi.org/10.1166/jctn.2020.8831
    17. Rohaizan Baru, Zulkifli A. Manaf, Abdul Hakim Abdullah,& Syed Mohamad Azmi Syed Ab. Rahman. (2014).Showcasing Educational System Using The Philosopy Of Ulul Albab. Swiss Journal Of Research in Businessand Sosial Science, 1(1),1-10.
    18. Samsuiman, M. A., Benjaman, M. A. & Arifin, A. (2014). Hubungan Antara Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab Dengan Kualiti Diri Guru Bahasa Arab Mrsm Ulul Albab, Kota Putra. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 1–8.
    19. Sitar-Taut, D.-A., & Mican, D. (2021). Mobile learning acceptance and use in higher education during social distancing circumstances: an expansion and customization of UTAUT2. Online Information Review, ahead-of-print(ahead-of-print). https://doi.org/10.1108/OIR-01-2021-0017
    20. Sulaiman, S. S. , & Kassim, A. Y. (2018). Pelaksanaan Hafazan Dalam Program Ulul Albab Berdasarkan Jantina Dan Kumpulan. Indonesian Journal of Learning Education and Counseling, 1(1), 1–10. https://doi.org/10.31960/ijolec.v1i1.22
    21. Troussas, C., Virvou, M., & Alepis, E. (2014). Collaborative learning: Group interaction in an intelligent mobile-assisted multiple language learning system. Informatics in Education, 13(2), 279–292. https://doi.org/10.15388/infedu.2014.08