Aplikasi Google Classroom Dalam Mata Pelajaran Sejarah
List of Authors
  • Anuar Ahmad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan aplikasi Google Classroom dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini adalah kerana berdasarkan hasrat KPM untuk memastikan murid memanfaatkan penggunaan ICT secara berkesan bagi meningkatkan pembelajaran mereka, tidak dapat dicapai disebabkan oleh beberapa kekangan seperti kekurangan alat dan kemudahan ICT, tahap kemahiran ICT guru yang lemah dan isu tiada elektrik dan jaringan Internet di sekolah. Kekangan yang berlaku ini telah menyebabkan guru tidak dapat mengenal pasti sama ada penggunaan ICT ini dapat meningkatkan pembelajaran murid atau tidak, maka objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji keberkesanan aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran Sejarah berdasarkan N Gain Score. Aplikasi Google Classroom ini merupakan satu kelas virtual yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2019 dan telah digunapakai oleh semua sekolah secara meluas pada tahun ini. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian eksperimen dalam mengutip data dan menggunakan kaedah pengiraan N Gain Score untuk menganalisis data. Sebanyak 32 murid dijadikan sebagai subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah pengajaran konvensional manakala kumpulan rawatan diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aplikasi Google Classroom. Ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min N Gain Score bagi kumpulan rawatan adalah 67.70% dan berada pada kategori cukup efektif. Secara kesimpulannya, berdasarkan keputusan kajian penggunaan aplikasi Google Classroom adalah berkesan dalam meningkatkan pembelajaran murid khususnya dalam mata pelajaran Sejarah. Dengan itu, implikasi kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran berasaskan ICT dapat membantu murid untuk lebih memahami sesuatu topik pembelajaran dengan berkesan. Sebagai cadangan kajian lanjutan, penyelidik mengesyorkan satu modul pengajaran berasaskan aplikasi Google Classroom dibina untuk dijadikan sebagai panduan kepada para guru di masa akan datang.


Reference
  • No Data Recorded