Impak ekopelancongan terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komuniti setempat di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Sarawak
List of Authors
  • Ainur Nelisa Kamaruzaman , Azimah Abd Rahman , Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid

Keyword
  • Pantai Tanjung Kembang ,ekopelancongan, komuniti tempatan, pelancong

Abstract
  • Pantai Tanjung Kembang di Kabong, Sarawak merupakan salah satu kawasan ekopelancongan yang mula mendapat perhatian dan kunjungan pengunjung dalam negara mahupun luar negara. Keindahan semulajadi di kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan dan dikomersialkan namun kekurangan sambutan daripada komuniti setempat dan kemudahan asas yang tidak mencukupi menyekat usaha untuk membangunkan kawasan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan serta kesannya terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komunitit setempat di Pantai Tanjung Kembang. Kaedah kuantitatif digunakan iaitu pengedaran set borang soal selidik kepada komuniti setempat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti ekopelancongan di kawasan ini. Seramai 77 orang responden telah terlibat di dalam tinjauan ini iaitu di kalangan komuniti setempat. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan aplikasi Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 seperti nilai min, kekerapan dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati bahawa tiga jenis pekerjaan utama atau penglibatan oleh komuniti di sekitar kawasan termasuklah peniaga kecil-kecilan (35 orang), pemandu pelancong (21 orang) dan pekebun kelapa (21 orang). Apek ekonomi akibat daripada aktiviti ekopelancongan menunjukkan kesan yang positif apabila pernyataan “peluang pekerjaan”, “peluang perniagaan”, “industri produk berkembang” dan “menjana pendapatan’ mendapat kan nilai min yang tinggi iaitu masing-masing (4.65), (4.57), (4.56) dan (4.48). Manakala aspek sosial pula terdapat dua penyataan yang mempunyai nilai min tinggi iaitu “Peningkatan masalah sosial” (4.66) dan “Kemasukan warga asing” (4.69). Penyataan bagi persekitaran ketiga-tiganya mendapatkan nilai min yang tinggi iaitu “Kebersihan kawasan terjejas” (4.40), “Pencemaran meningkat” (4.43) dan “Hasil tangkapan terjejas” (4.62). Akhir sekali, hanya satu penyataan yang berkaitan dengan budaya yang mendapat nilai min tinggi iaitu “Pemuliharaan landskap” (4.00). Melalui kajian ini dapat membuktikan bahawa kawasan Pantai Tanjung Kembang sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu kawasan ekopelancong di negeri Sarawak. Namun begitu, pihak bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan pendedahan bagi mengalakkan penglibatan komuniti tempatan secara langsung dalam aktiviti ekopelancongan di kawasan ini. Usaha ini adalah untuk mendorong komuniti tempatan dalam menambahbaik tahap ekonomi mereka dan menghapuskan stigma negatif terhadap pembangunan sekitar kawasan Pantai Tanjung Kembang sebagai kawasan ekopelancongan yang dilakukan. Hasil kajian ini juga membantu perancangan dan pelaksanaan pembangunan ekopelancongan di sekitar kawasan Pantai Tanjung Kembang yang mendapat sambutan dan kerjasama masyarakat setempat.

Reference
  • 1. AdrianaTisca, I., Istrat, N., Dumitrescu, C. D., & Cornu, G. (2016). Management of sustainable development in ecotourism. Case Study Romania. Procedia Economics and Finance, 39, 427-432.
    2. Ah Choy, E., Atan, A., Muhammed, H., Sakawi, Z., & JH, A. 2012. Analisis kelebihan kompetitif ekopelancongan di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(8), 158-169.
    3. Annuar, O. S. S. (2019, February 27). Sektor pelancongan sumbang RM84.1 bilion. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535609/sektor-pelancongan-sumbang-rm841-bilion
    4. Bansil, P. D. D., Capellan, S. A. R., Castillo, R. C., Quezon, C. D., & Sarmiento, D. M. B. 2015. Local community assessment on the economic, environmental and social aspects of ecotourism in Lobo, Philippines. Asia Pacific Journal of Multidisciplinary Research, 3(4), 132-139.
    5. Bashar, M. A. 2018. Vision on biodiversity: Ecotourism and biodiversity conservation in Bangladesh. Journal of Biodiversity Conservation and Bioresource Management, 4(1), 1-10.
    6. Boley, B. B., & Green, G. T. 2016. Ecotourism and natural resource conservation: the ‘potential’for a sustainable symbiotic relationship. Journal of Ecotourism, 15(1), 36-50.
    7. Choi, A. S., & Ritchie, B. W. 2014. Willingness to pay for flying carbon neutral in Australia: an exploratory study of offsetter profiles. Journal of Sustainable Tourism, 22(8), 1236-1256. https://doi.org/10.1080/09669582.2014.894518
    8. Das, M., & Chatterjee, B. 2015. Ecotourism: A panacea or a predicament?. Tourism management perspectives, 14, 3-16.
    9. Eshun, G., & Tonto, J. N. P. (2014). Community-based ecotourism: its socio-economic impacts at Boabeng-Fiema Monkey Sanctuary, Ghana. Bulletin of Geography. Socio-economic Series, (26), 67-81. http://dx.doi.org/10.1515/bog-2014-0045
    10. Faizal, M. I., Hakim, L., & Harahap, N. 2017. Factors affecting level of participation in the management of mangroves as ecotourism attraction: lesson learned from Cengkrong Watulimo, Trenggalek. Journal of Indonesian Tourism and Development Studies, 5(1), 19-24.
    11. Fang, W. T., Lien, C. Y., Huang, Y. W., Han, G., Shyu, G. S., Chou, J. Y., & Ng, E. 2018. Environmental literacy on ecotourism: A study on student knowledge, attitude, and behavioral intentions in China and Taiwan. Sustainability, 10(6), 1886.
    12. Fennell, D. A. (2020). Ecotourism. Routledge.
    13. Habibi, F. (2017). The determinants of inbound tourism to Malaysia: a panel data analysis. Current Issues in Tourism, 20(9), 909-930. https://doi.org/10.1080/13683500.2016.1145630
    14. Halim, N. A., Er, A. C., Adam, J. H., Juhari, M. A. A., & Tarmidzi, S. N. A. 2017. Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: Persepsi komuniti lokal (Local tourism potentials as perceived by the local community: The case of Matu Daro, Sarawak). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(9).
    15. Ibrahim, J. A., Razak, N. A., & Ahmad, M. Z. (2015, February). Tasik Pedu tinggal kenangan. In Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Sosioekonomi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Kali ke-2, Universiti Utara Malaysia (pp. 119-131).
    16. KC, A., Rijal, K., & Sapkota, R. P. 2015. Role of ecotourism in environmental conservation and socioeconomic development in Annapurna conservation area, Nepal. International Journal of Sustainable Development & World Ecology, 22(3), 251-258.
    17. Limmanee, P. 2018. Promoting the conservation of watershed forestry among environmental education students at the faculty of environment and resource studies. International Journal of Agricultural Technology, 14(7), 1391-1398.
    18. Lin, S. C., & Lin, M. T. Y. 2019. A Study of the Effects of Cause-related Marketing on Brand Image and Purchase Intention in Ecotourism. Ekoloji, 28(107), 2887-2892.
    19. Lyndon, N. 2019. Perspektif Sosiologi Bidayuh Terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)(Sociological Perspectives on Sabah Sarawak Secession Movement of Malaysia (SSKM)). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(4).
    20. Mayan, S. N. A., & Nor, R. M. 2017. Prospects and challenges of ecotourism sector and poverty eradication in Sabah: The case of orangutans and Mabul Island. Global Journal of Social Sciences Studies, 3(1), 1-12.
    21. Muadz, S. (2019, February 27). Pelancongan Sumbang Rm84.1 Bilion Kepada Ekonomi Malaysia Dengan Ketibaan Pelancong Antarabangsa Seramai 25.8 Juta Pada 2018 - Tourism Malaysia Corporate Site. Www.tourism.gov.my. https://www.tourism.gov.my/media/view/pelancongan-sumbang-rm84-1-bilion-kepada-ekonomi-malaysia-dengan-ketibaan-pelancong-antarabangsa-seramai-25-8-juta-pada-2018
    22. Noor, A. Y. M., Mokhtar, A. M., Sharif, S. M., Long, A. S., Ab Rahman, Z., & Wahab, N. A. A. (2019). Main Tourism Sectorsin Malaysia: A Contribution Towards Economic Growth.
    23. Oguz, D., Çakcı, I., & Kavas, S. 2011. Environmental awareness of students in higher education. Turkish Journal of Forestry, 12(1), 34-39. https://dergipark.org.tr/en/pub/tjf/issue/20896/224373
    24. Park, E., & Kim, S. 2016. The potential of Cittaslow for sustainable tourism development: enhancing local community's empowerment. Tourism Planning & Development, 13(3), 351-369.
    25. Saidin, S., Azman, N., Komoo, I., Halim, S. A., Stacey, N., & Izurieta, A. 2015. Strengthening shared values through the strategy of public education A case study of Kilim Geoforest Park, Malaysia. Kajian Malaysia, 33(2), 83-115.
    26. Sangpikul, A. 2017. Ecotourism impacts on the economy, society and environment of Thailand. Journal of Reviews on Global Economics, 6, 302-312.
    27. Santarém, F., Saarinen, J., & Brito, J. C. 2020. Article I: Desert Conservation and Management: Ecotourism. Frederico da Costa Santarém, 31.
    28. Sardiana, I. K., & Purnawan, N. L. R. 2015. Community-based ecotourism in Tenganan Dauh Tukad: an indigenous conservation perspective. Jurnal Kajian Bali, 5(2), 347-368.
    29. Siswanto, A. 2015. Eco-Tourism Development Strategy Balurannational Park in the Regency of Situbondo, East Java, Indonesia. International Journal of Evaluation and Research in Education, 4(4), 185-195.
    30. Swangjang, K., & Kornpiphat, P. 2021. Does ecotourism in a Mangrove area at Klong Kone, Thailand, conform to sustainable tourism? A case study using SWOT and DPSIR. Environment, Development and Sustainability, 1-26. https://doi.org/10.1007/s10668-021-01313-3
    31. Vishwanatha, S., & Chandrashekara, B. 2014. An analysis of socio-cultural impacts of ecotourism in Kodagu District. American journal of research communication, 2(7), 135-147.