Kesediaan Pembelajaran Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik
List of Authors
  • Norzalinawati Zaini

Keyword
  • Self-Directed Learning Readiness Scale (SDLRS), Pembelajaran Kendiri

Abstract
  • Era globalisasi meletakkan Malaysia dengan pelbagai cabaran. Justeru itu, Malaysia perlu meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya. Pembelajaran kendiri adalah aspek penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan dalam konteks globalisasi. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan mengenalpasti hubungan tahap kesediaan pembelajaran kendiri terhadap keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) di kalangan pelajar semester dua di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik Guglielmino’s Self-Directed Learning Readiness Scale (SDLRS). Soal selidik diedarkan menggunakan Google Form. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS). Responden adalah terdiri daripada 38 orang pelajar semester dua Sesi 2 2023/2024. Responden adalah daripada pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) dan Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK). Hasil dapatan kajian mendapati skor min tahap kesediaan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar dari aspek pengurusan kendiri, keinginan untuk belajar dan kawalan kendiri adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, hasil analisa mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap kesediaan pembelajaran kendiri aspek pengurusan kendiri dan juga keinginan belajar dengan HPNM. Namun, tahap kesediaan pembelajaran kendiri aspek kawalan kendiri tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan HPNM. Walaupun tahap kesediaan pembelajaran kendiri adalah tinggi, namun boleh mempengaruhi keputusan HPNM di mana semakin tinggi tahap kesediaan pembelajaran kendiri, semakin tinggi nilai HPNM yang diperolehi. Justeru, pensyarah perlulah memainkan peranan untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar yang mempunyai HPNM yang rendah.

Reference
  • No Data Recorded