Hubungan Antara Penghargaan Kendiri Dengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Pedalaman Pulau Tioman
List of Authors
  • Faridah Mydin Kutty

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak di pedalaman Pulau Tioman. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dan seramai 114 orang kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 12 tahun dari tiga buah sekolah rendah di pedalaman Pulau Tioman terlibat sebagai responden. Skala Kesejahteraan Psikologi Kanak-kanak (Psychological Well-Being for Children Scale. PWB-c) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi kanak-kanak manakala Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg (The Rosenberg Self-Esteem Scale), digunakan untuk melihat aspek penghargaan kendiri dalam kalangan kanak-kanak tersebut. Perisian SPSS 22.00 digunakan untuk menganalisis data secara analisis deskriptif serta analisis inferensi menggunakan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak di pedalaman iaitu, r = 0.234, p < 0.05. Input daripada dapatan ini penting untuk sebarang usaha memperbanyakkan lagi kajian serta penyelidikan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak khususnya. Dapatan ini penting untuk merancang program intervensi yang berkesan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan psikologi kanak-kanak.


Reference
  • No Data Recorded