Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit, Sarawak
List of Authors
  • Mohd Radzani Abdul Razak

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal merupakan komponen penting dalam kehidupan individu. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit, Sarawak. Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak di daerah Kapit dalam kategori 12 tahun. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan iaitu kajian silang-rentas yang menggunakan borang soal selidik dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik iaitu Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain bola sepak adalah diklasifikasikan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu 27.5% yang mana kategori kawasan yang paling tinggi aktif melakukan aktiviti fizikal adalah kawasan pedalaman berbanding kawasan luar bandar dan bandar. Dapatan BMI menunjukkan bahawa pemain bola sepak di Kapit berada dalam kategori ideal iaitu 85.0%. Dapatan kajian berkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal tertinggi adalah cergas iaitu 37.5%. Penglibatan aktiviti fizikal yang baik dan sistematik secara tidak langsung dapat mempengaruhi dan mempunyai perkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Kajian ini memberi gambaran kepada semua pihak dalam merangka program yang lebih efisien dalam pembangunan bola sepak di Kapit, Sarawak.


Reference
  • No Data Recorded