Penggunaan Teknik Storytelling Dalam Meningkatkan Tingkah Laku Positif Kanak-Kanak Untuk Pengambilan Sayur-Sayuran
List of Authors
Anbarasi Mohan, Muhammad Syawal Amran
Keyword
Pendidikan pemakanan, penerimaan sayur, teknik bercerita, modul interaktif, kanak-kanak
Abstract
Penerimaan pengambilan sayur dalam kalangan kanak-kanak merupakan cabaran yang memerlukan pendekatan inovatif. Kajian ini bertujuan membangunkan modul pendidikan pemakanan berasaskan teknik bercerita untuk meningkatkan sikap penerimaan dan amalan pengambilan sayur dalam kalangan kanak-kanak. Berlandaskan Teori Kognitif Sosial dan Teori Perkembangan Kognitif Piaget, modul ini menggunakan pendekatan bercerita yang mengintegrasikan bahan bantu mengajar interaktif. Teknik bercerita dapat memupuk minat kanak-kanak melalui unsur naratif yang menarik, mengurangkan neofobia makanan, dan membina pengetahuan pemakanan secara menyeronokkan. Modul ini juga menyokong peranan ibu sebagai fasilitator pembelajaran di rumah, seiring dengan keperluan untuk menanam tabiat pemakanan sihat sejak usia muda. Hasil kajian dijangka menyumbang kepada strategi intervensi pendidikan pemakanan yang lebih berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan sikap positif terhadap pengambilan sayur, seterusnya menyokong usaha penjagaan kesihatan kanak-kanak.