Adaptasi antarabudaya pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia
List of Authors
  • Abdul Latiff Ahmad , Pajrianti, Desi

Keyword
  • Adaptasi, kejutan budaya, pelajar Indonesia, Model Lekuk U

Abstract
  • Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui dan memperincikankan proses dan pengalaman adaptasi antarabudaya yang berlaku ke atas para pelajar yang berasal dari Indonesia yang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adaptasi antarabudaya merupakan suatu proses seseorang individu itu belajar serta memahami budaya baru yang perlu ditempuh. Kajian ini menggunakan Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1955) dengan melihat empat fasa adaptasi antarabudaya iaitu fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, dan fasa penguasaan. Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman adaptasi antarabudaya daripada dimensi budaya yang sama mengamalkan budaya berbentuk kolektivisme. Objektif dalam kajian ini adalah ingin mengkaji proses adaptasi yang dialami oleh pelajar dari Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan meneroka cabaran semasa proses adaptasi dalam kalangan pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah perbincangan kumpulan fokus daripada pelajar Indonesia yang mewakili pelbagai pulau antaranya Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat persamaan akar budaya dan agama, tetapi tetap wujud pelbagai cabaran bagi para pelajar Indonesia dalam mengadaptasikan diri di Malaysia.

Reference
  • 1. Abdul Latiff Ahmad, Nur Zalila Md Zamri, Ali Salman, Emma Mirza Wati Mohamed & Hasrul Hashim .2014 Isu-isu dan masalah adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Australia. E-Bangi. 9 (2), 162-171.
    2. Abdul Latiff Ahmad .202). Perana dan Impak Agama dalam adaptasi antarabudaya pelajar Muslim Malaysia di United Kingdom. Malaysian Journal of Communication. 36(3). 195-208.
    3. Alimul Hidayat, A. Aziz .2006. Pengantar kebutuhan dasar manusia : aplikasi konsep dan proses keperawatan. Jakarta : Salemba Medika.
    4. Bahfiarti, Tuti. 2012. Komunikasi Antarbudaya Mahasiswa Malaysia di Kota Makassar. Jurnal Penelitian Komunikasi, Informatika dan Media Massa – Pekommas. 15(2) : 91-98.
    5. Balqis Mustafa dan Abdul Latiff Ahmad .2019. Adaptasi Antarabudaya Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Negara Asia. Malaysian Journal of Communication. 35(2). 18-34.
    6. Furnham, A., and S. Bochner. 1986. Culture shock: Psychological reactions to unfamiliar environment. London: Methuen.
    7. Gerungan.W.A. 2004. Psikologi Sosial. Bandung : Refika Aditama.
    8. Hofstede, G.(1984. Culture’s consequences: International differences in work-related values. Beverly Hills, CA: Sage.
    9. Jurgen Henze dan Jiani Zhu. 2012. Current Research on Chinese Students Studying Abroad. Research in Comparative and International Education. 7(1) : 90-104.
    10. Lysgaard, S. 1955. Adjustment in a foreign society: Norwegian Fulbright grantees visiting the United States. International Social Science Bulletin. Vol 7(1) : 45-51.
    11. Mulyana, D., & Sri Eko, B. (2017). Indonesian students’ cross-cultural adaptation in Busan, Korea. Jurnal ASPIKOM, 3(2), 144-156.
    12. Oberg, K. 1960. Culture Shock : Adjustment to new cultural Environments. Practical Anthropology.
    13. Neuman, W. L. 2003. Social Research Methods : Qualitative and Quantitative Approach. Boston : Allyn Bacon.
    14. Nikmah Suryandari. 2012. Culture Shock Communication Mahasiswa Perantau Di Madura. Jurnal Komunikasi Massa. Vol 1(1) : 1-13.
    15. Samovar L.A. Porter R.E.McDaniel D.R. 2012. Communication Between Cultures, 8th ed. Wadsworth Publishing.
    16. Zaw, H. T. 2018. The impact of social media on cultural adaptation process: Study on chinese government scholarship students. Advances in Journalism and Communication, 6, 75- 8.
    17. Zhou, Y., Jindal-Snape, D., Topping, K. and Todman, J. (2008) Theoretical Models of Culture Shock and Adaptation in International Students in Higher Education. Studies in Higher Education, 33, 63.