Kesan Penghayatan Al-Quran Terhadap Dedikasi Imam Bilal Muda UTM untuk Ummah
List of Authors
Abdul Hafiz Abdullah, Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek, Mohd Fadzil Jamal, Muaz Muhammad Arif, Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi
Keyword
Penghayatan Al-Quran, Dedikasi, Imam dan Bilal Muda
Abstract
Al-Quran, sejak diturunkan kepada umat manusia, telah memainkan peranan yang tidak ternilai dalam membentuk kehidupan individu dan masyarakat dari pelbagai aspek. Pengaruhnya sebagai panduan utama kehidupan manusia tidak dapat dinafikan. Dalam konteks ini, timbul satu persoalan penting: sejauh mana al-Quran mempengaruhi imam dan bilal muda UTM dalam memupuk kesediaan mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat? Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan tersebut, dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 27 orang calon imam dan bilal muda UTM telah terlibat sebagai responden kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa imam dan bilal muda UTM memiliki hubungan yang sangat erat dan positif dengan al-Quran. Hubungan ini dilihat sebagai satu faktor penting yang menyumbang kepada kesanggupan dan komitmen mereka untuk menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat di UTM serta kawasan sekitarnya. Analisis Korelasi Pearson turut mengesahkan kewujudan pengaruh yang signifikan antara hubungan responden dengan al-Quran dan tahap kesediaan mereka untuk berkhidmat kepada ummah. Penemuan ini memberikan gambaran jelas bahawa penghayatan al-Quran mampu menjadi sumber inspirasi utama dalam membentuk dedikasi dan komitmen individu untuk berkhidmat kepada masyarakat. Akhirnya, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan al-Quran sebagai panduan hidup yang holistik dan sebagai pemangkin kepada usaha memperkukuhkan nilai kesediaan untuk menyumbang kepada masyarakat.