Menelusuri Sejarah Perlanunan Dunia: Satu Analisis Perbandingan dan Kontekstual dalam Sejarah Maritim Global
List of Authors
  • Josrin Masandal, Mohammad Sham Mohammad

Keyword
  • Perlanunan; Sejarah Maritim; Geopolitik; Perdagangan Maritim

Abstract
  • Perlanunan telah menjadi sebahagian penting dalam sejarah maritim dunia sejak zaman purba. Perlanunan ini mencerminkan interaksi kompleks antara kuasa politik, struktur ekonomi perdagangan, dan perubahan sosial masyarakat pesisir. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah kualitatif melalui analisis naratif dengan menggunakan sumber sekunder yang terdiri daripada buku dan lain-lain lagi. Objektif utama kajian ini adalah menilai semula sejarah perlanunan sebagai fenomena sosial-politik yang berlaku di lautan. Hasil kajian menunjukkan bahawa perlanunan sering muncul dalam konteks ketidakseimbangan politik dan ekonomi yang secara tidak langsung wujudnya penentangan oleh komuniti maritim yang terpinggir. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman baharu terhadap sejarah maritim global dengan menempatkan perlanunan sebagai elemen aktif dalam pembentukan lanskap sejarah dan geopolitik laut.

Reference
  • No References Recorded