Persepsi guru prasekolah terhadap pembelajaran berasaskan projek dan aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak
List of Authors
  • Faridah Yunus , Lilia Halim , Rushda Mohd Riduan

Keyword
  • pendekatan projek, pemerolehan bahasa, kanak-kanak prasekolah

Abstract
  • Pembelajaran berasakan projek adalah pendekatan yang releven dengan kehendak pembelajaran abad ke-21 kerana melalui kaedah ini kanak-kanak berpeluang untuk menyiasat, meneroka persekitaran, berfikir dan mencari keputusan dalam menyelesaikan masalah. Tujuan kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan tentang persepsi guru prasekolah terhadap pembelajaran berasaskan projek dan aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kajian ini melibatkan dua pengelola pendidikan prasekolah iaitu KEMAS dan swasta. Sample responden melibatkan 100 orang guru prasekolah dari beberapa daerah di negeri Perak. Pemilihan sample soal selidik dilakukan secara rawak. Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi responden manakala bahagian B pula berkaitan dengan persepsi guru prasekolah terhadap penggunaan pendekatan projek. Bahagian C berkaitan dengan tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak prasekolah dan bahagian D berkaitan isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek dalam kalangan guru prasekolah. Nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik berada di antara 0.968 hingga 0.987. Kebolehpercayaan instrumen diukur menggunakan alfa Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi di mana julat kebolehpercayaan penggunaan pendekatan projek = 0.977, pemerolehan bahasa kanak-kanak = 0.987 serta isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek = 0.968. Data dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sishan piawai dan kekerapan dan ujian statistik Skewness dan Kurtosis. Hasil daripada dapatan kajian menyatakan bahawa tahap persepsi guru prasekolah terhadap pembelajaran berasaskan projek secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana dengan skor (min = 3.55, SP = 1.180). Manakala untuk tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak pula menunjukkan bahawa skor keseluruhan berada di tahap sederhana dengan skor (min = 3.64, SP = 1.18). Untuk isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek pula menunjukkan bahawa skor keseluruhan berada pada tahap sederhana dengan skor (min = 3.19, SP = 1.024). Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetahuan sedia ada guru terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan projek perlu ditambah baik dengan menghadiri kursus yang berkaitan bagi meningkatkan amalan pengajaran serta menambah baik mutu pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Reference
  • 1. Aliza Ali, & Zamri Mahamod. (2015). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-8.

    2. Anida Sarudin, Dahlia Janan, Zulkifli Osman, & Ahmad Khair Mohd Noor.(2016). Penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran Terancang. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 4, 93-106.

    3. Azizah Zain dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2012). Tahap pengetahuan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan projek di prasekolah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak (m.s. 78-80). Kota Baharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

    4. Azizah Zain dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2012). Tahap pengetahuan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan projek di prasekolah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak (m.s. 78-80). Kota Baharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

    5. Azizah Zain. (2015). Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan Dalam Meningkatkan Komunikasi dan Kemahiran Sosial Kanak-kanak Prasekolah. (Tesis Doktor Falsafah tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    6. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    7. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak. (2013). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun (Cetakan Ketiga). Cyberjaya, Selangor: Jabatan Perdana Menteri.

    8. Beitchman, J.H.,Wilson, B.& Johnson, C.J., Atkinson, L.,Young, A.,Adlaf, E., Escobar, M., & Douglas,

    9. Beneke, S.J.,& Ostrsky, M.(2009).Teachers’ Views Of The Efficacy Of Incorporating The Project approach Into classroom Practice With Diverse Learners. Early Childhood Research and Practice. Diperolehi Disember 15, 2012 daripada http://ecrp.uiuc.edu/v11n1/ostrosky.html

    10. Beneke, S.J.,& Ostrsky, M.(2009).Teachers’ Views Of The Efficacy Of Incorporating The Project approach Into classroom Practice With Diverse Learners. Early Childhood Research and Practice. Diperolehi Disember 15, 2012 daripada http://ecrp.uiuc.edu/v11n1/ostrosky.html

    11. Bodrova, E. & Leong, D. J. (2010). Curriculum and play in early child development.http://www.child-encyclopedia.com/documents/Bodrova-LeongANGxp.pdf. [14 Ogos 2011].

    12. Bryman, A. (2012). Social research methods (4th ed.), 379-414. United States: Oxford University Press.

    13. Creswell, J. W. (2012). Educational research: planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative reasearch. Boston: Pearson.

    14. Creswell, J. W. (2014). A concise introduction to mixed methods research (4th ed.). New Delhi: Sage

    15. Ebbeck, F., Ebbeck, M. & Sanly, W.K. (2010). Reggio Emilia in practice: Anapproach to creativity on early childhood education. Hong Kong : KendyPublishing Co. Ltd.

    16. Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th Edition. New York: Teachers College Press. Edition. Los Angeles: Wadsworth, Cengage Learning.

    17. Halliday, M.A.K. 1970. Language structure and language function. In John Lyons (ed), New Horizons in Linguistics. Harmondsworth: Penguin Books.

    18. Halliday, M.A.K. 1970. Language structure and language function.In John Lyons (ed), New Horizons in Linguistics. Harmondsworth: Penguin Books

    19. Hallidays, M.A.K. (1968). Language and experience. In Educational Review: The Place of Language in Education, 20 (2), 95-106.

    20. Hallidays, M.A.K. (1975). Learning how to mean: Explorations in the Development of language. London: Edward Arnold.

    21. Harlen, W. (2014). Helping children’s development of inquiry skills. Inquiry in Primary Science Education(IPSE), 1, 1, 5-19.

    22. Harlen, W. (2014). Helping Children’s Development of Inquiry Skills. Inquiry in Primary Science Education (IPSE), 1, 1, 5-19. Diperolehi dari http://www.esera2013.org.cy/conference

    23. Helm, J. H & Katz, G. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. Teachers College Press.

    24. Helm, J. H & Katz, L.G. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. Teachers College Press.

    25. Helm, J. H. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. Teachers College Press. ISBN 978-0-8077-5594-5.

    26. Helm, J. H., & Katz, L. G. (2011). Young investigators: The project approach in the early years. Teachers College Press.

    27. Helm, J. H., & Katz, L. G. (2011). Young Investigators: The Project Approachin the Early Years (2nd ed.). New York: Teacher’s College Press.

    28. Helm, J. H., & Katz, L.G. (2011). Young investigators: The project approach in the early years. Teachers College Press.

    29. Helm, J.H. & Katz, L. (2011) Young Investigators: The Project Approach in the Early Years (second edition) United States of America: Columbia University

    30. Helm, J.H., & Katz, L. G. (2014). Young investigators: The project approach in the early years. New York: Teachers College Press.

    31. Hiebert, E. H. (1981). Developmental patterns and interrelationships of preschool children's print awareness. Reading Research Quarterly, 16, 236-260.

    32. Katz, L. (1993). What Can We Learn from Reggio Emilia.In The Hundred Languages of Children (pp. 19-37). Norwood, NJ: Ablex Publishing Corporation.

    33. Katz, L. G, & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach. Greenwood Publishing Group.

    34. Katz, L. G, & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach. Greenwood Publishing Group.

    35. Katz, L. G, Chard, S. C. & Kogan, Y. (2014). Engaging children’s minds:The project approach-third edition. United Stated of America: Praeger.

    36. Katz, L. G, Chard, S. C. & Kogan, Y. (2014). Engaging children’s minds: The project approach-third edition. United Stated of America: Praeger. ISBN 978-1-4408-2872-0.

    37. Katz, L. G, Chard, S. C. & Kogan, Y. (2014). Engaging Children’s minds: The project approach-third edition. United Stated of America: Praeger.

    38. Katz, L. G., & Chard, S. C. (2000). Engaging Children’s Minds: The Project Approach(2nd ed.). Stamford: CT Ablex.

    39. Katz, L. G., Chard, S. C., & Kogan, Y. (2014). Engaging Children’s Minds: The Project Approach (3rd ed.). Santa Barbara, CA: Praeger.

    40. Katz, L., & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach. Greenwood Publishing Group. ISBN 1-56750-501-5.

    41. Katz, L., Chard, S.C. (1992). The Project Approach (Eric Document Reproduction Services No ED340518)

    42. Katz, L., Chard, S.C. (1992). The Project Approach (Eric Document Reproduction Services No ED340518)

    43. Katz, L.G & Chard, S.C. (1989). Engaging Children’s Mind: The Project Approach.Stamford, CT:: Ablex Publishing Corporation.

    44. Katz, L.G & Chard, S.C. (1989). Engaging Children’s Mind:The Project Approach.Stamford, CT:: Ablex Publishing Corporation.

    45. Katz, L.G. (2010). STEM in the early years. Diperolehi 18 Februari 2010 Daripada http://ecrp.uiuc.edu/beyond/seed/katz.htlm

    46. Katz, L.G. (2010). STEM in the early years. Diperolehi 18 Februari 2010 daripada http://ecrp.uiuc.edu/beyond/seed/katz.htlm

    47. Katz, L.G., & Chard, S.C. (2000). Engaging children’s mind: The Project Approach.(2nd ed.).Stamford, CT: Ablex Publishing Corporation.

    48. Katz, L.G., & Chard, S.C. (2000). Engaging children’s mind:The Project Approach.(2nd ed.).Stamford, CT: Ablex Publishing Corporation.

    49. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Dokumen standard prasekolah: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    50. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Semakan 2017. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Penulis.

    51. Mangantar Simanjuntak (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    52. Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expand sourcebook. (2nd ed). Thousand Oaks: California.

    53. Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in kindergarten: Summary and recommendations of why children need to play in school. A report from Alliance. http://earlychildhoodcolorado.org/inc/uploads/Crisis_in_Kindergarten.pdf. [15 Mac 2011].

    54. NAEYC (National Association for the Education of Young Children). (2009). Developmentally appropriate practice in early childhood programs serving children from birth through age 8.http://www.naeyc.org/files/naeyc/file/positions/position%20statement%20Web.pdf. [16 Ogos 2011].

    55. Noor Aini Ahmad (2013). Membangunkan multimedia interaktif bagi membantu kanak-kanak awal umur mempelajari bahasa. Laporan Geran Penyelidikan Universiti.

    56. Noor Aini Ahmad (2014). Mengintegrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPPM, 4 (2), 36-43.

    57. Noor Miza Abdul Rahman. (2015). Pembinaan Modul Berasaskan Pendekatan Projek Untuk Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi Murid Tadika (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia).

    58. Piaget (1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York: W.W. Norton.

    59. Piaget, J. (1952). The Child's Conception of Number. New York: Norton.

    60. Piaget, J. (2013). Play, dreams, and imitation in childhood. New York: Routledge.

    61. Sharifah Nor & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2): 1-15.

    62. Sharifah Nur Puteh dan Romarzila Omar (2013). Perkembangan Kanak-kanaksecara menyeluruh dan komprehensif melalui pembelajaran berasaskan projek. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat Kebangsaan (m.s.75-79). P.Pinang: Institut Pendidikan Kampus Darul Aman

    63. Sharifah Nur Puteh dan Romarzila Omar (2013). Perkembangan Kanak-kanak secara menyeluruh dan komprehensif melalui pembelajaran berasaskan projek. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat Kebangsaan (m.s.75-79). P.Pinang: Institut Pendidikan Kampus Darul Aman

    64. Vygotsky, L. (1978). Interaction between learning and development. Readings on the development of children, 23(3), 34-41.

    65. Vygotsky, L. S. (2012). Collected works of L. S. Vygotsky: Child psychology. New York: Springer-Verlag.

    66. Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes In M. Cole, U.

    67. Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes In M. Cole, U. John-Steine, S. Scribner, & E. Souberman (Eds.), Cambridge: Havard University Press.a.