Faktor penggalak amalan pertanian bandar dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang
List of Authors
  • Azimah Abd Rahman , Nurazielah Thanin , Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid

Keyword
  • Pertanian bandar, masyarakat bandar, faktor penggalak, persepsi

Abstract
  • Pertanian bandar merujuk kepada aktiviti menghasilkan sumber makanan sendiri menggunakan ruang sekitar kediaman di kawasan bandar pada skala yang kecil. Walaupun terdapat pelbagai manfaat dari amalan ini, aktiviti ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat bandar kerana mereka menjadikan kesibukan urusan harian sebagai alasan utama. Oleh itu, kajian yang berkaitan amalan pertanian bandar dalam kalangan masyarakat bandar ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi amalan ini dan persepsi masyarakat bandar terhadap amalan pertanian ini. Pendekatan kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini melibatkan edaran borang soal selidik yang disasarkan kepada 200 orang responden yang dipilih dalam kalangan mereka yang mengamalkan pertanian bandar. Temubual juga dilakukan bersama responden bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan aktiviti pertanian bandar yang dilaksanakan. Hasil analisis melalui kajian ini mendapati bahawa amalan pertanian bandar oleh masyarakat di Pulau Pinang banyak didorong oleh faktor hobi untuk mengisi masa lapang dengan jumlah min yang diperolehi 4.90 dengan sisihan piawai 0.317. Sementara itu, faktor penggalak terhadap pertanian bandar yang paling kurang mempengaruhi ialah faktor membantu menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat dengan mengeratkan lagi hubungan kejiranan, yang mencatat jumlah min 4.39 (SP= 0.686). Analisis terhadap persepsi masyarakat terhadap amalan pertanian bandar mendapati bahawa majoriti masyarakat Pulau Pinang bersetuju bahawa aktiviti pertanian bandar dapat membantu memenuhi keperluan makanan harian dan meringankan jumlah perbelanjaan dapur dengan jumlah kadar peratusan 95% dan 91%, masing-masing. Selain itu, masyarakat juga berpendapat bahawa galakan dan sokongan dari kerajaan negeri khususnya dari segi kewangan, maklumat dan keperluan bertani seperti baja, benih, khidmat nasihat dan lainnya diperlukan bagi menggalakkan amalan pertanian bandar, di samping meningkatkan kesedaran dan semangat masyarakat untuk melaksanakan amalan pertanian ini.

Reference
  • 1. Abu, G. A., & Soom, A. 2016. Analysis of factors affecting food security in rural and urban farming households of Benue State, Nigeria. International Journal of Food and Agricultural Economics (IJFAEC), 4(1128-2016-92107), 55-68.
    2. Bolang, P. D., & Osumanu, I. K. 2019. Formal sector workers’ participation in urban agriculture in Ghana: perspectives from the Wa Municipality. Heliyon, 5(8), e02230.
    3. Chandra, A. J., & Diehl, J. A. 2019. Urban agriculture, food security, and development policies in Jakarta: A case study of farming communities at Kalideres–Cengkareng district, West Jakarta. Land Use Policy, 89, 104211.
    4. Da Silva, C. A. & Rankin, M. . (2013). Contract Farming For Inclusive Market Access. Food and Agriculture Organization. Rome: United Nations.
    5. Damin, Z. A., & Mohamed, A. M. 2015. Kemampanan sekuriti makanan dalam era perindustrian: Pengajaran daripada Malaysia. Journal of Techno Social, 7(1).
    6. Fatchiya, A., & Amanah, S. 2016. Penerapan inovasi teknologi pertanian dan hubungannya dengan ketahanan pangan rumah tangga petani. Jurnal Penyuluhan, 12(2), 190-197.
    7. Foeken, D., & Mwangi, A. M. (2000). Increasing food security through urban farming in Nairobi.
    8. Hu, J. (2015). Coming Home to the Land: Natural Farming as Therapeutic Landscape Experience in Chengdu Plain, China (Doctoral dissertation).
    9. Jafari, N., & Utaberta, N. 2015. Evaluating The Urban Agriculture Of Roof Garden At High-Rise Building In Malaysia. Advances in Environmental Biology, 9(23), 98-105.
    10. Kalantari, F., Tahir, O. M., Joni, R. A., & Fatemi, E. 2018. Opportunities and challenges in sustainability of vertical farming: A review. Journal of Landscape Ecology, 11(1), 35-60.
    11. Lin, B. B., Philpott, S. M., & Jha, S. 2015. The future of urban agriculture and biodiversity ecosystem services: Challenges and next steps. Basic and applied ecology, 16(3), 189 201.
    12. Lohrberg, F., Lička, L., Scazzosi, L., & Timpe, A. (Eds.). (2016). Urban agriculture europe. Jovis.
    13. Lugemalila, A. (2015). Contribution of Urban Agriculture on Improving people’s livelihood: A Case study of Dodoma Municipality, Tanzania (Doctoral dissertation, The University of Dodoma).
    14. Mahpar, N. (2019, October 8). Tangani kos sara hidup perlu serius. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/10/615239/tangani-kos-sara-hidup-perlu-serius
    15. Mat, R., & Abdul Majid, A. 2015. Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapi oleh petani bandar di Malaysia. International Journal of Environment, Society and Space, 3(1), 44-56.
    16. Meilin, A. 2016. Serangga dan Peranannya dalam Bidang Pertanian dan Kehidupan. Jurnal Media Pertanian, 1(1), 18-28.
    17. Menda, S. (2015). The Role of micro and small scale business enterprises in urban poverty alleviation: A Case study on cobble stone paving sector in Addis Ababa City. Addis Ababa University, Ethiopia.
    18. Opitz, I., Berges, R., Piorr, A., & Krikser, T. 2016. Contributing to food security in urban areas: differences between urban agriculture and peri-urban agriculture in the Global North. Agriculture and Human Values, 33(2), 341-358.
    19. Othman, N., Mohamad, M., Latip, R. A., & Ariffin, M. H. (2018, February). Urban farming activity towards sustainable wellbeing of urban dwellers. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 117, No. 1, p. 012007). IOP Publishing.
    20. Peng, J., Liu, Z., Liu, Y., Hu, X., & Wang, A. 2015. Multifunctionality assessment of urban agriculture in Beijing City, China. Science of the Total Environment, 537, 343-351.
    21. Poulsen, M. N., McNab, P. R., Clayton, M. L., & Neff, R. A. 2015. A systematic review of urban agriculture and food security impacts in low-income countries. Food Policy, 55, 131-146.
    22. Pretty, J., Rogerson, M., & Barton, J. 2017. Green mind theory: how brain-body-behaviour links into natural and social environments for healthy habits. International journal of environmental research and public health, 14(7), 706.
    23. Prof, O., Paduka, D., Fatimah, M., & Arshad. (2014). Kenaikan harga makanan: Mengapa dan apa seterusnya. https://core.ac.uk/download/pdf/153809707.pdf
    24. Racine, E. F., Laditka, S. B., Dmochowski, J., Alavanja, M. C., Lee, D. C., & Hoppin, J. A. 2012. Farming activities and carrying and lifting: The agricultural health study. Journal of Physical Activity and Health, 9(1), 39-47.
    25. Rezai, G., Shamsudin, M. N., & Mohamed, Z. 2016. Urban agriculture: A way forward to food and nutrition security in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 216, 39-45.
    26. Sanyé-Mengual, E., Anguelovski, I., Oliver-Solà, J., Montero, J. I., & Rieradevall, J. 2016. Resolving differing stakeholder perceptions of urban rooftop farming in Mediterranean cities: promoting food production as a driver for innovative forms of urban agriculture. Agriculture and human values, 33(1), 101-120.
    27. Suryandari, R., & Sumrahadi, A. 2017. Bertani dalam bandar dan kesan-kesannya kepada komuniti tempatan dan persekitaran bandar: Kajian kes Jakarta Barat dan Indonesia (Urban farming and its impact on local communities and urban environment: A case study of West Jakarta and Tangerang, Indonesia). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(3).
    28. Tajuddin, Z., Sum, S. M., Zainol, R. M., & Jusoh, H. (2019). Penentu sosial penglibatan komuniti dalam projek kebun komuniti bandar: social determinants of community involvement in urban community garden projects. Sarjana, 34(1), 56-68.
    29. Thomaier, S., Specht, K., Henckel, D., Dierich, A., Siebert, R., Freisinger, U. B., & Sawicka, M. 2015. Farming in and on urban buildings: Present practice and specific novelties of Zero-Acreage Farming (ZFarming). Renewable Agriculture and Food Systems, 30(1), 43-54.
    30. Thornton, A. 2017. “The lucky country”? A critical exploration of community gardens and city–community relations in Australian cities. Local Environment, 22(8), 969-985.
    31. Tornaghi, C. 2017. Urban agriculture in the food‐disabling city:(Re) defining urban food justice, reimagining a politics of empowerment. Antipode, 49(3), 781-801.
    32. Tripathy, S. 2018. An Experiment on Kitchen Garden through Organic Farming Approach. International Journal of Research in Engineering, Science and Management, 1(9), 287-290.