Perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak di taska menggunakan busyboard
List of Authors
  • Faridah Yunus , Hidayah Hazirah Hisham

Keyword
  • perkembangan, fizikal, motor halus, busyboard, TASKA

Abstract
  • Busyboard bukanlah sesuatu yang baru di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Busyboard atau permainan papan sibuk ini ialah sebuah permainan yang direka khas untuk kanak kanak seawal usia 10 bulan sehingga 4 tahun. Busyboard sebagai alat pedagogi dapat membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak dalam menggunakan busyboard di taska. Kajian ini telah dijalankan di sebuah taska di daerah Dengkil, Selangor. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan enam orang kanak-kanak taska iaitu lima orang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur diantara dua hingga empat tahun. Instrumen kajian ialah borang senarai semak dan temu bual. Borang senarai semak yang digunakan adalah mengenai tahap perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak sebelum dan selepas aktiviti menggunakan busyboard. Manakala temubual bersama guru taska pula dijalankan untuk mendapatkan pandangan terhadap perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak dalam aktiviti menggunakan busyboard. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal menggunakan busyboard memberi impak yang positif dalam membantu perkembangan motor halus kanak-kanak dan amat wajar digunakan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran di taska. Busyboard ini mampu melatih guru-guru pendidikan awal kanak-kanak supaya lebih kreatif dan berinovasi dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di taska serta memahami peringkat perkembangan kanak-kanak supaya mudah untuk berinteraksi dengan mereka. Sebagai kesimpulan, busyboard amat sesuai untuk kanak-kanak kerana melibatkan permainan atau bahan-bahan persekitaran yang dekat dengan mereka. Justeru, penggunan busyboard dalam sistem pembelajaran adalah sesuai dan berguna sebagai satu pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Reference
  • 1. Ali, A., & Mahamod, Z. (2015). Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul Pendekatan Berasaskan Bermain Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah.

    2. Apel2, C. P. a. K. (2010). Effect of Assessment Task and Letter Writing Ability on Preschool Children’s Spelling Performance. doi:10.1177/1534508410380040

    3. Audrey C. Rule1, a. R. A. S. (2002). Effects of Practical Life Materials on Kindergartners’ Fine Motor Skills. Early Childhood Education Journal, Vol. 30, No. 1. doi:1082-3301/02/0900-0009/0

    4. Cameron, C. E., Cottone, E. A., Murrah, W. M., & Grissmer, D. W. (2016). How are motor skills linked to children's school performance and academic achievement? Child Development Perspectives, 10(2), 93-98.

    5. Camilla Björklund, M. M. H. P. (2018). Teachers’ involvement in children’s mathematizing – beyond dichotomization between play and teaching. European Early Childhood Education Research Journal. doi:10.1080/1350293X.2018.1487162

    6. D.Rathnakumar. (2020). Play Therapy and Children with Intellectual Disability. International Journal of Education, 8(2), 35–42. doi:https://doi.org/10.34293/ education.v8i2.2299

    7. Deborah L. Dee, R. L., Li-Ching Lee and Laurence M. Grummer-Strawn. (2007). Associations Between Breastfeeding Practices and Young Children’s Language and Motor Skill Development. doi:https://doi.org/10.1542/peds.2006-2089N

    8. Dunn, E. B. M. (2009). A board game as Gestalt assessment tool for the child in middle childhood years. South African Journal of Psychology, Volume: 39 issue: 2, page(s): 253-262.

    9. Eko Firman Kurniawan, D. K. (2019). PENGARUH MEDIA BUSY BOARD TERHADAP MOTORIK HALUS ANAK USIA 3-4 TAHUN. FakultasIlmuPendidikan, UniversitasNegeri Surabaya, Vol 8, No 1 (2019)

    10. Elias, R., Mahizer Hamzah, Mahani Razali. (2017). Kesesuaian pembangunan KitAB Cerdas untuk kemahiran bacaan awal kanak-kanak taska. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6((32-47)). doi:https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.sp.3.2017

    11. Elizabeth K. King, R. C. P., Jiayao Li, Mary Lee Porterfield & Lia Rucker. (2016). Classroom quality in infant and toddler classrooms: impact of age and programme type. Early Child Development and Care. doi:10.1080/03004430.2015.1134521

    12. Fadhil, N. M. F. F. (2016). PEMBELAJARAN BERMAKNA MELALUI PERMAINAN “CARDBOARD CHALLENGE”. Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Selangor.

    13. Grissmer, D. G., Kevin J. Aiyer, Sophie M. Murrah, William M. Steele, Joel S. (2010). Fine Motor Skills and Early Comprehension of the World: Two New School Readiness Indicators. American Psychological Association, Vol. 46, No. 5, 1008–1017. doi:10.1037/a0020104

    14. Hashim, N. H., & Lah, Y. C. (2003). Panduan pendidikan prasekolah: PTS Pub. & Dist.

    15. Hertzog, S. K. a. N. B. (2016). Pedagogy for Early Childhood Gifted Education. doi:10.1177/1076217516644637

    16. Iverson, E. S. L. a. J. M. (2013). Fine motor skill predicts expressive language in infant siblings of children with autism. Developmental Science 16(6), 815–827. doi:10.1111/desc.12069

    17. Jarmila Bubikova-Moan, H. N. H. S. W. (2019). ECE teachers’ views on play-based learning: a systematic review. European Early Childhood Education Research Journal. doi:10.1080/1350293X.2019.1678717

    18. Kangas, J. (2016). Enhancing children’s participation in early childhood education through the participatory pedagogy.

    19. Kenneth H. Rubin, R. J. C., 2 and Julie C. Bowker3. (2009). Social Withdrawal in Childhood. doi:https://dx.doi.org/10.1146%2Fannurev.psych.60.110707.163642

    20. Klupp, S., Möhring, W., Lemola, S., & Grob, A. (2021). Relations between fine motor skills and intelligence in typically developing children and children with attention deficit hyperactivity disorder. Research in Developmental Disabilities, 110, 103855.

    21. Koomar, J. A., & May-Benson, T. A. (2002). Sensory Integration.

    22. Manfra, L. D. a. L. (2013). Associations Between Low-Income Children's Fine Motor Skills in Preschool and Academic Performance in Second Grade. Department of Teaching and Learning, Florida International University. doi:10.1080/10409289.2011.636729

    23. Mantei, J., Kervin, Lisa K. (2014). Interpreting the images in a picture book: Students make connections to themselves, their lives and experiences. University of Wollongong, NSW, Australia, 13, Number 2, 76-92.

    24. Mazlini Adnan, A. A., Ong Eng Tek, Mohd Nasir Ibrahim, Noriah Ishak, Jameyah Sheriff. (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Malaysian Journal of Society and Space, 12(1).

    25. McGlashan, H. L., Blanchard, C. C., Sycamore, N. J., Lee, R., French, B., & Holmes, N. P. (2017). Improvement in children’s fine motor skills following a computerized typing intervention. Human movement science, 56, 29-36.

    26. Mousouli3, E. F. P. C. S.-G. S. V. K. T. M. (2014). Motor Development and Self-Esteem of Children and Adolescents with Visual Impairment. Journal of Education and Practice, Vol.5, No.37, 2014.

    27. Norazizah Abdul Rahman1, S. M. Y., Noor Ashikin Mohd Yusop3. (2016). PEMBELAJARAN SECARA INISIATIF KANAK-KANAK MENERUSI PENDEKATAN PROJEK: DARI TUMBUHTUMBUHAN KE SEKAKI PAYUNG. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5, 5(Vol 5 (2016): Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan).

    28. Ojala, J. K. T. V. M. (2016). Educators’ perceptions of facilitating children’s participation in early childhood education. University of Helsinki, 41(2), 85-94. doi:https://doi.org/10.1177%2F183693911604100212

    29. Palaiologou, I. (2016). Teachers’ dispositions towards the role of digital devices in play-based pedagogy in early childhood education. International Research Journal. doi:10.1080/09575146.2016.1174816

    30. Priscila Caçola, M. R., Melvin Ibana, Jennifer Chuang. (2015). Effects of two distinct group motor skill interventions in psychological and motor skills of children with Developmental Coordination Disorder: A pilot study. doi:10.1016/j.dhjo.2015.07.007

    31. Reimer AM, C. R., Nijhuis-Van Der Sanden MW, Boonstra FN. (2011). Improvement of fine motor skills in children with visual impairment: An explorative study. Reimer AM, Cox RF, Nijhuis-Van Der Sanden MW, Boonstra FN(1924–1933). doi:10.1016/j.ridd.2011.03.023

    32. Samantha L. Bindman, L. E. S., Annemarie H. Hindmanc, Dorit Aramd, and Frederick J. Morrisona. (2014). Parental Writing Support and Preschoolers' Early Literacy, Language, and Fine Motor Skills. Early Childhood Research Quarterly 29(4). doi:10.1016/j.ecresq.2014.07.002

    33. Scott, D. K. O. N. T. J. D. A. M. M. A. N. J. (2019). Busy toy designs reduce the specificity of mothers' references to toy parts during toy play with their toddlers. Canadian Journal of Speech-Language Pathology and Audiology, 43(1), 35-47.

    34. Sebastian Suggate, E. P. a. H. S. (2016). Do fine motor skills contribute to early reading development? Journal of Research in Reading, Volume 00,(Issue 00), pp 1–19. doi:DOI:10.1111/1467-9817.12081

    35. Shariff, M. A. M. E. S. M. (2017). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Motor Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement Assessment Battery For Children (MABC).

    36. Stone, W. L., & Yoder, P. J. (2001). Predicting Spoken Language Level in Children with Autism Spectrum Disorders.

    37. Suppiah Nachiappan, R. M. E. M., Norazilawati Abdullah, Sandra Suffian. (2017). PERKEMBANGAN KOGNISI DALAM KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI TEKNIK BERMAIN. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 6(Vol 6 No 1 (2017): Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan). doi: https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.3.2017

    38. Susan B. Sisson, C. L. S. M. C. (2017). Big impact on small children: child-care providers’ perceptions of their role in early childhood healthy lifestyle behaviours. 162-180. doi:https://doi.org/10.1080/13575279.2017.1299111

    39. Trost, S. G. (2007). State of the art reviews: measurement of physical activity in children and adolescents. American Journal of lifestyle medicine, 1(4), 299-314.

    40. Zupei Luo, P. E. J., Carol S. Huntsinger And Therese D. Pigott (2007). Fine motor skills and mathematics achievement in East Asian American and European American kindergartners and first graders. British Journal of Developmental Psychology, 25(4), 595-614. doi:https://doi.org/10.1348/026151007X185329