Kajian ini membincangkan sejarah pertapakan Islam di Bangkok Thailand. Manakala kajian ini adalah bahan rujukan mengenai perkembangan Islam di Bangkok amat berkurangan. Objektif kajian ini membincangkan sejarah kemasukkan Islam di Bangkok. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan menyaring maklumat-maklumat daripada sumber sekunder seperti buku, majalah, tesis, laman sesawang dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati perkembangan Islam di Wilayah Bangkok berlaku dengan pesat di mana ia berkait rapat dengan kesedaran kejatuhan Pattani melalui peperangan dan jumlah penduduk Islam di wilayah itu sendiri. Di samping itu, polisi kerajaan Thailand yang agak berbeza berbanding dengan penduduk Islam di Selatan juga menyebabkan penduduk Islam Bangkok mampu mengekalkan identiti mereka sebagai masyarakat Islam dan bergiat cergas dalam mengembangkan ajaran Islam di kalangan generasi muda dari masa ke semasa. Namun begitu, penduduk Islam Bangkok telah mengorbankan salah satu identiti bangsa mereka iaitu Bahasa Melayu di mana ia telah pupus di kalangan masyarakat Islam Bangkok ketika mereka berusaha berjuang untuk terus hidup di kalangan majoriti masyarakat Buddha dan juga memenuhi tuntutan pemerintahan.