Dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda
List of Authors
  • Muhammad Idris Bullare @ Bahari Universiti Malaysia Sabah , Nik Hasrul Mohd Zainudin

Keyword
  • kebergantungan, pemimpin belia, Felda, strategi

Abstract
  • Corak kepimpinan pemimpin persatuan belia dilihat masih di takuk lama. Sebilangan besar pemimpin belia masih bergantung terhadap bantuan pihak atasan dalam menjayakan program-program belia. Hal ini memberi gambaran terhadap kegagalan pemimpin belia untuk berdikari. Tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan oleh pihak Felda bagaikan belum berkesan dalam membentuk pemimpin belia yang mampu berdikari. Fenomena kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia ini amat membimbangkan kerana boleh merencatkan kemajuan Felda. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen berkaitan sebagai kaedah pengumpulan data. Seorang informan kajian telah dipilih dalam kajian ini yang merupakan seorang pemimpin belia di Wilayah Johor yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda. Kajian ini mendapati terdapat dua tema berkaitan dimensi kebergantungan iaitu kebergantungan sumber kewangan dan kebergantungan jaringan peluang pekerjaan. Manakala kajian ini mendapati terdapat dua faktor penyebab berlakunya kebergantungan pemimpin belia Felda iaitu budaya dan pendekatan sistemik. Sementara itu, terdapat dua strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada Felda iaitu membina hubungan dengan pihak luar dan menjalankan program ekonomi. Hasil kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada pihak Felda dalam mencari pendekatan terbaik membangunkan generasi pemimpin belia yang mampu berdikari dalam mentadbir persatuan belia mereka. Hal ini amat penting demi memastikan Felda khasnya dan negara amnya tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Ahmad, R. (1999). Penagihan Dadah dan Residivisme. Aspek-aspek Psikososial dan Persekitaran.
    2. Alias, A. M., & Balakrishnan, V. (2016). Impak Kesukarelawan dalam Kalangan Belia di Kuala Lumpur: Suatu Kajian. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(4), 25–43.
    3. Asnarulkhadi Abu Samah. (2011). Permasalahan Belia: Pendekatan Bagi Mendepani Cabaran. Dlm N. A. dan D. D. Haslinda Abdulllah, Sarjit S. Gill, Ismi Arif Ismail Turiman Suandi (Ed.), Belia Pewaris 1Malaysia (ms. 1–21). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
    4. Assan, N. (2019). Zulfahmi fokus pembangunan belia. Sinar Harian.
    5. Bednar, J., & Page, S. (2005). Culture, institutional performance, and path dependence. Unpublished Manuscript, 1–35. Retrieved from http://www.cscs.umich.edu/~spage/instpath.pdf.
    6. BERNAMA. (2020). Dewan Negara lulus pindaan akta turunkan had umur belia kepada 30 tahun. Berita Harian.
    7. Creswell, J. W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches. Thousand Oaks: Sage Publications.
    8. Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Englewood Cliffs, NJ: Pearson.
    9. Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN). (1977). Kementerian Belia dan Sukan. Retrieved from http://www.kbs.gov.my/akta-dasar/dasar.html.
    10. Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (1994). Hanbook of Qualitative Research. London: Sage.
    11. Donato, M., Ahsan, K., & Shee, H. (2015). Resource dependency and collaboration in construction supply chain: Literature review and development of a conceptual framework. International Journal of Procurement Management, 8(3), 344–364. https://doi.org/10.1504/IJPM.2015.069157
    12. Donnadieu, G., Durand, D., Nunez, E., Neel, D., & Saint-Paul, L. (2016). The Systemic Approach : what is it all about? Association Française de Science Des Systèmes AFSCET, 1–11. Retrieved from https://www.afscet.asso.fr/.
    13. Dzuhailmi Dahalan, Haslinda Abdullah, Azimi Hamzah, Ismi Arif Ismail, Ezhar Tamam, Abdul-Lateef Abdullah, Sarjit S. Gill, Nobaya Ahmad & Turiman Suandi. (2012). Malaysia Youth Council (MBM) and its Relevance to Youth Development. American Journal of Applied Sciences, 9(7): 974-978,
    14. Glaser, B., & Strauss, A. (1967). The Discovery of Grounded Theory: Strategies for Qualitative Research. Mill Valley, CA: Sociology Press.
    15. Grootaert, G., Deepa,N., Veronica,N.J., & Michael, J. 2004. Measuring Social Capital : An Integrated Questionnaire. World Bank Working Paper;No. 18. Washington, DC: World Bank.
    16. Hassan, A. (2004). History of curriculum development in Malaysia History of Struggle strengthen education in Malaysia: Experience of 50 years merdeka. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
    17. Hassan, R. (2015). Mendepani Cabaran Kepemimpinan Belia. Malaysian Youth Council, 1–5.
    18. Kogel, T. (2003). Youth dependency and total factor productivity. Journal of Development Economics, 4: 1- 45.
    19. Korir, H.C. (2015). Influence Of Social Capital On Producer Groups’ Perfomance And Market Access Amongst Smallholder French Bean Farmers In Kirinyaga County. Egerton University, Njoro.
    20. Lensink, R., & White, H. (1999). Aid Dependence. Issues and Indicators. Almqvist & Wiksell International. Sweeden: Almqvist & Wiksell International. Retrieved from http://www.bistandsdebatten.se/wp-content/uploads/2012/10/1999_2-Aid-Dependence.-Issues-and-Indicators.pdf.
    21. Margulis, M.E. (2016). The Global Political Economy of Raul Prebish. Routledge: Abingdon & New York.
    22. Merriam, S. B. (2001). Andragogy and self-directed learning: Pillars of adult learning theory. San Francisco: JosseyBass.
    23. Murshed, M., & Khanaum, M. M. (2014). Impact of Foreign Aid in the Economic Development of Recipient Country. Journal of the Bangladesh Association of Young Researchers, 2(1), 33–37. https://doi.org/10.3329/jbayr.v2i1.20539.
    24. Noraini, I. (2004). Mobiliti Sosial di Kalangan Generasi Kedua. Akademika, 64, 83–95.
    25. Sinar Harian. (2019). #Undi18 pelengkap pemberdayaan belia. https://www.sinarharian.com.my/article/39596/KHAS/Pendapat/Undi18-pelengkap-pemberdayaan-belia.
    26. Suandi, T., & Hamzah, A. (1996). Keperluan Latihan untuk Agen Pewaris. In Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara. Putrajaya.
    27. Suhaimi, S., John Abdullah, S. A., Arshad, R., Yeon, A. L., Azhar, A., & Ayub, Z. A. (2016).
    28. Penyertaan Belia dalam Pembuatan Keputusan Melahirkan Kemahiran Kepimpinan. In The International Conference on Government & Public Affairs.
    29. United Nations Development Program (UNDP). (2002). Avoiding the dependency trap: the Roma in Central and Eastern Europe. Slovak Republic. Retrieved from http://hdr.undp.org
    30. United Nation. (2013). Definition Of Youth. Retrieved from https://www.un.org/esa/socdev/documents/youth/fact-sheets/youth-definition.pdf
    31. Young, N. (1999). Dependency Theory: Concepts, Classifications, and Criticisms. International Area Review, 2(1): 121-150.