Hubungan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan pedagogi responsif budaya
List of Authors
  • Lisa Wong Siao Ching , Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • tahap kebolehan pengajaran, pedagogi responsif budaya, pengalaman mengajar

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian pedagogi responsif budaya. Seramai 84 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 24 buah sekolah rendah di negeri Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deksriptif digunakan untuk memperoleh peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai bagi tahap kebolehan pengajaran dan juga pengalaman mengajar guru. Hasil daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti guru mempunyai pengalaman mengajar di antara 11 hingga 15 tahun. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap kebolehan pengajaran yang tinggi untuk mengaplikasikan pedagogi responsif budaya. Analisis inferensi pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu bagi mengaplikasikan pedagogi responsif budaya. Ini bermakna pengalaman mengajar guru tidak mempengaruhi pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Namun begitu, kursus-kursus yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran haruslah dilaksanakan bagi memperkukuh kefahaman guru-guru terhadap pendekatan pengajaran terkini.

Reference
  • 1. Aminah Jekri & Crispina Gregory K Han. (2020). Pengaruh pengalaman mengajar dalam pengetahuan, motivasi dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 10(2),45-56.

    2. Anon. Covid-19: pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru. Berita Harian Online, 16 Mei: 20.

    3. Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 3(2), 1-11.

    4. Azlina Mohd Kosnim & Rohana Ahmad. (2017). Hubungan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Batu Pahat. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: 1-8.

    5. Chia, L.L. (2015). Amalan pengajaran efektif dalam kalangan guru sekolah menengah di Johor Bahru. Tesis Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia.

    6. Coe, R. (2017). 6 element of great teaching. https://www.cem.org/blog/6-elements-of-great-teaching. [ 18 Mei 2021].

    7. Donkoh, S. (2017). Investigating the effect of teaching experience on teacher knowledge. International Journal of Scientific and Research Publications 7(6), 319-327.

    8. Fadilla Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1), 33-44.

    9. Fazida Ahmad & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2017). Tahap kompetensi pengetahuan guru Sejarah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. International Conference on Geography and Education 1(1), 338-346.

    10. Gamlem, S.M. et al. (2019). Developing teachers’ responsive pedagogy in mathematics, does it lead to short-term effects on student learning? Cogent Education 6(1), 1-18.

    11. Goh, P. S. C., Qismullah Yusuf & Wong, K. T. (2017). Lived experience: Perceptions of competency of novice teachers. International Journal of Instruction 10(1), 21-36.

    12. Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. 2017. Kompetensi guru Bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1), 56-65.

    13. Hazlin Mohamat. (2016). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan peta i-think dalam kalangan guru bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    14. Huang, R., & Li, Y. (2012). What Matters Most: A Comparison of Expert and Novice Teachers’ Noticing of Mathematics Classroom Events. School Science and Mathematics 112(7), 420- 432.

    15. Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysia Journal of Sciences and Humanities 3(4), 6-22.

    16. Ma'rof Redzuan, Abd Razak Abd Rahman & Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin. (2012). Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri kecil. Akademika 82, 57-64.

    17. Mehrak Rahimi & Fatemeh Asadollahi. (2012). On the relationship between Iranian EFL teachers’ classroom management orientations and teaching style. Procedia-Social and Behavioral Sciences 31, 49-55.

    18. Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi et al. (2017). Tahap kelayakan akademik dan pengalaman guru bukan opsyen terhadap pengajaran Bahasa Arab. Seminar Islamic Creative Art Therapy 2017. Anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS), Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi, 1-2 November.

    19. Muhammad Zakwan Abdul Rahim, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Mohamad Asyraf Abd Talib. (2020). Pedagogi responsif budaya: kesedaran, pengetahuan dan kesediaan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1), 25-34.

    20. Muhd Zulhilmi Haron & Mohd Muslim Md Zalli. (2020). Pengetahuan pedagogi, kemudahan pembelajaran dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Malaysia. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 20 Oktober 2020.

    21. Noorleha Mohd Yusoff & Lilia Halim. (2011). Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam amalan pengajaran kemahiran berfikir. International Seminar On Global Education II 3(1), 2348-2369.

    22. Nor Hadibah Hushaini et al. (2020). Hubungan antara lokasi sekolah rendah dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu sekolah rendah dengan amalan pengajaran mereka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(2), 1-14.

    23. Nor Hasmaliza Hasan. (2016). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaranguru bahasa Melayu daerah Kuala Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    24. Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 6(2), 52-58.

    25. Normazidah Mahmood. (2012). Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian. Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya.

    26. Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. 2020. Hubungan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja dalam kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Journal of Social Sciences and Humanities 17(4), 173-187.

    27. Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric Theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

    28. Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. 2018. Kesediaan guru melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 6(3), 22-31.

    29. Nur Ilda Kamaruzaman & Aliza Alias. (2020). Hubungan antara pengetahuan dengan sikap guru sekolah kebangsaan pendidikan khas terhadap pembelajaran kolaboratif. Journal of Educational Research & Indeginous Studies 1(1), 1-11.

    30. Nurul Ashikin Md.Yatim, Chew, F.P. & Zuraidah Abdullah. (2020). Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(2), 43-53.

    31. Podolsky, A., Kini, T. & Hammond, L.D. (2019). Does teaching experience increase teacher effectiveness? A review of US research. Journal of Professional Capital and Community 4(33), 22-23.

    32. Rahimah Ahmad. (2016). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran karangan guru Bahasa Melayu sekolah berprestasi tinggi: Satu kajian kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    33. Revathy Subramaniam & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2020). Amalan kepimpinan teknologi guru besar serta cabaran dan cadangan penambahbaikan di sekolah. Prosiding Seminar Nasional FIP, hlm. 281-294.

    34. Rohani Aziz. (2011). Pengetahuan, sikap dan kemahiran ICT di kalangan guru-guru matematik di sekolah menengah Pahang. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    35. Roslan Abu Hassan. (2014). Kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran teknikal di Kolej Vokasional negeri Pahang. Laporan akhir projek penyelidikan UTHM.

    36. Sapie Sabilan, Mohamad Faud Ishak & Mohd Kamal Din @Nasirudin. (2014). Tahap pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam latihan mengajar menurut persepsi guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS: satu tinjauan awal. Jurnal Pendidikan 1(2), 88-97.

    37. Shamsiah Sidek & Azman Hasan. (2015). Kebolehan guru-guru mata pelajaran Geografi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Malaysia. Journal of Global Business and Social Entreoreneurship 1(2), 35-43.

    38. Sharifah Nor Puteh. (2012). Keperihatinan guru bahasa melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(9): 19-31.

    39. Shaukat, S., Vishnumolakala, V. R., & Al Bustami, G. (2019). The impact of teachers’ characteristics on their self-efficacy and job satisfaction: a perspective from teachers engaging students with disabilities. Journal of Research in Special Educational Needs 19(1), 68–76.

    40. Syed Kamaruzaman Syed Ali, Parwazalam Abdul Rauf & Norkhalid Salimin. (2017). Hubungan antara pengalaman mengajar dan perancangan pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4. International Journal of Education, Psychology and Couseling 2(6), 268-277.

    41. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Fatimah Sahida Abdurajak. (2018). Pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam: implikasi terhadap bentuk kurikulum latihan pendidikan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(1), 59-66.

    42. Valette, R.M. (1977). Modern Language Testing: A Hand Book. (2nd Edition). New York: Harcourt Brace Jovanovich.

    43. Yun, J.H. (2015). The culturally responsive teacher preparedness scale: an exploratory study. Contemporary Issues in Educational Research- 4th Quarter 8(4), 241-250.

    44. Zaiha Nabila Md Harun. (2014). Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka bentuk dan teknologi di sekolah rendah daerah Batu Pahat. Laporan akhir projek penyelidikan UTHM.

    45. Zaimah R. & Sazuani Abdullah. (2017). Tahap keupayaan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana di Kuala Terengganu. Journal of Scienty and Space 13(4), 117-125.

    46. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (pnyt.). (2011). Transformasi dan Inovasi dalam Pendidikan. Bangi: Penebrit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    47. Zulkifli Awang. (2012). Strategi pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.